KUALA LUMPUR 2 Ogos – Seramai 4,000 anggota Pemuda Barisan Nasional (BN) dari seluruh negara akan menghadiri program Himpunan Pemuda Merdeka yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 26 Ogos ini.
Timbalan Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin (gambar) berkata, sempena program itu Pemuda BN akan menggerakkan jentera parti bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Menurut beliau, program tersebut dijadual dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Pengerusi BN.
‘‘Pengerusi Pergerakan Pemuda BN, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan membacakan ikrar Pemuda, yang sedikit sebanyak menyentuh tentang apa yang kita akan buat untuk negara dalam masa 50 tahun akan datang dan cabaran untuk generasi muda.
‘‘Pada program itu juga kita akan himpunkan semua presiden dan ketua pemuda komponen BN. Kita (Pemuda BN) juga akan melancarkan gelang tangan berwarna oren sebagai tanda kita telah memulakan jentera pilihan raya Pemuda.
‘‘Semua anggota Pemuda BN akan memakai gelang itu sehinggalah kita mencapai kemenangan pada pilihan raya umum akan datang,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Mengenai daftar pemilih Pemuda UMNO, Khairy berkata, pihaknya kini dalam proses untuk mendapatkan senarai daftar pemilih anggotanya di luar bandar.
‘‘Kita masih lagi dalam proses untuk mendapatkan senarai daftar pemilih dan setakat ini proses itu berjalan lancar,’’ ujarnya.
Friday, August 3, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
UMNO Kulim, apa cerita? tak dapat sambutan pun nampak gaya. Kita perlukan banyak orang muda yang lebih banyak idea dalam parti. tak nampak pun yang hebat macam mana ni?
good
Post a Comment