Thursday, August 23, 2007

Ramai profesional Melayu mangsa diskriminasi




Ramai profesional Melayu mangsa diskriminasi


KUALA LUMPUR 23 Ogos – Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) hari ini mendedahkan ramai profesional Melayu mengadu kepada pertubuhan itu mereka sering menjadi mangsa diskriminasi dalam sektor swasta.
Pengerusinya, Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, syarikat-syarikat swasta yang mendiskriminasi profesional Melayu banyak terlibat dalam bidang pembinaan, perakaunan dan juruukur.
‘‘Profesional Melayu yang membuat aduan kepada Gabem turut menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap kesukaran untuk mendapatkan pinjaman bank berbanding kaum-kaum lain,’’ katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Rahim menambah, kesanggupan kaum Melayu berkongsi kuasa politik dan pentadbiran negara selama ini tidak mendapat perkongsian yang setimpal dalam bidang perniagaan dan industri terutama dalam sektor swasta.
Katanya, bagi memastikan keharmonian dan kestabilan berpanjangan, konsep ‘kongsi kuasa dan kongsi kaya’ perlu menjadi landasan kukuh bagi pembinaan masa depan generasi sekarang.
Menurut beliau, Gabem sendiri sanggup bekerjasama sepenuhnya dengan badan-badan ekonomi bukan Melayu bagi menjuarai usaha menggalakkan interaksi dan integrasi ekonomi antara Melayu dan bukan Melayu.
‘‘Kita juga menggalakkan kerjasama penubuhan syarikat usaha sama tulen antara bumiputera dan bukan bumiputera.
‘‘Dalam konteks tender projek kerajaan, ia sebenarnya menjadi sumber utama atau peluang perniagaan untuk syarikat dan usahawan Melayu.
‘‘Ini kerana mereka (syarikat Melayu) sukar mendapat perniagaan atau peluang daripada sektor swasta yang dikuasai oleh syarikat bukan Melayu dan syarikat asing, baik dari segi khidmat profesional, pembekalan dan kerja subkontrak,’’ ujarnya.
Beliau memberitahu, kuasa membeli kaum Melayu di negara ini kira-kira RM9 bilion sebulan atau lebih RM100 bilion setahun daripada tiga juta isi rumah Melayu.
Katanya, keikhlasan dan keterbukaan pengguna kaum Melayu sewajarnya dibalas dengan kerjasama tulen daripada sektor swasta dengan memberi mereka peluang untuk bekerja dalam sektor swasta.

Monday, August 20, 2007

Kenapa pertikai aliran sekolah kebangsaan




Oleh MUHAMMAD ALIAS
DARI semasa ke semasa kedengaran cadangan supaya ditubuhkan sekolah pengantar bahasa Inggeris di Malaysia. Sekolah kebangsaan didakwa gagal menghasilkan graduan yang serba boleh. Bahasa Malaysia juga dikatakan bukan bahasa teknologi dan perdagangan antarabangsa.
Agak aneh juga apabila cadangan ini antara lain disuarakan oleh orang Melayu sendiri dan ketika beberapa pihak menyeru supaya bahasa Malaysia diguna pakai dengan lebih menyeluruh.
Malahan terdapat kritikan daripada orang luar tentang rakyat Malaysia yang tidak memberi keutamaan kepada bahasa kebangsaannya sendiri.
Lantaran itu faktor-faktor di sebalik cadangan seumpama ini perlu diberi perhatian serius.
Pengangguran ribuan graduan Melayu dikatakan kerana kelemahan bahasa Inggeris. Ini tidak dapat dinafikan. Mungkin kerana itu ada ibu bapa Melayu khususnya daripada golongan elit mahu anak-anak mereka belajar di sekolah Inggeris.
Kehidupan orang Melayu yang semakin mewah ekoran Dasar Ekonomi Baru (DEB) membolehkan mereka menghantar anak-anak ke sekolah Inggeris di dalam dan luar negara. Malahan di kalangan elit Melayu, bahasa Inggeris merupakan bahasa pertuturan di rumah.
Selain daripada itu rakyat Malaysia baik Melayu dan bukan Melayu merasa tidak senang kerana golongan elit menghantar anak-anak belajar di luar negara.
Sedangkan anak-anak mereka belajar di institusi-institusi pengajian tinggi tempatan baik milik kerajaan atau swasta.
Di samping itu, graduan-graduan lulusan luar negara lebih mudah mendapat pekerjaan. Selain daripada penguasaan bahasa Inggeris yang lebih baik, pemikiran mereka dikatakan lebih ‘bergeliga’ dibandingkan dengan graduan-graduan tempatan.
Di kalangan pejuang bahasa kebangsaan pegangan utama ialah bahasa melambangkan bangsa. Bahasa Melayu/Malaysia adalah identiti negara ini. Sama dengan bahasa Indonesia untuk negara Indonesia. Bahasa tidak boleh dinilai dari segi ekonomi semata-mata.
Faktor paling utama bahasa Melayu telah pun wujud dan merupakan lingua franca ketika kuasa-kuasa penjajah tiba ke kepulauan Melayu lebih lima ratus tahun lalu.
Bahasa Melayu juga merupakan bahasa yang digunakan dalam perjanjian-perjanjian antarabangsa melibatkan penjajah dan kerajaan-kerajaan Melayu di Nusantara.
Persoalannya, apakah kewujudan sekolah pengantar Inggeris dapat menyelesaikan apa sahaja masalah yang dikatakan sedang melanda Malaysia.
Sesuatu yang pasti terjadi ialah sekiranya ada pilihan, sebahagian besar ibu bapa di bandar-bandar akan menghantar anak-anak mereka ke sekolah pengantar bahasa Inggeris. Sementara sekolah kebangsaan hanya untuk rakyat di luar bandar. Senario yang pasti ialah negara akan kembali ke zaman sebelum merdeka.
Penulis amat bersetuju dengan pendapat (termasuk bukan Melayu) bahawa apa yang penting bukan mewujudkan sekolah aliran Inggeris. Sebaliknya sekolah kebangsaan mengajar beberapa bahasa etnik seperti Cina dan Tamil selain daripada bahasa Inggeris.
Penekanan ke atas pengajaran bahasa, baik bahasa apa sekalipun hendaklah dilakukan bersungguh-sungguh. Bukan sekadar ‘asal ada sahaja’.
Sikap hangat-hangat tahi ayam hendaklah dibuang jauh-jauh. Bermula daripada pembuat dasar hinggalah para pelajar sendiri.
Setiap pelajar dimestikan mempelajari dan fasih dalam bahasa Malaysia, Inggeris, Cina dan Tamil. Melalui sistem ini, ibu bapa dijangka lebih selesa menghantar anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan.
Syarat
Kelulusan mata pelajaran bahasa-bahasa ini merupakan satu syarat untuk lulus periksa.
Penulis tidak pernah mempersoalkan tentang pentingnya bahasa Inggeris dalam apa sahaja bidang yang diceburi. Termasuklah pengajian tentang agama Islam di Amerika Syarikat (AS) dan lain-lain negara yang bahasa pengantarnya bahasa Inggeris. Pada kala yang sama kenalah juga memikirkannya dari aspek kepentingan negara.
Tetapi penguasaan bahasa sahaja belum tentu dapat menjamin kualiti seseorang pelajar. Soal kurikulum juga perlu diberi perhatian serius. Di samping itu, persekitaran di sekolah-sekolah kebangsaan hendaklah sesuai untuk semua kumpulan etnik.
Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan tidak perlu dipertikaikan lagi. Ia dinyata dengan jelas dalam Perlembagaan.
Rakyat Malaysia perlu menghormati setiap perkara yang terdapat dalam Perlembagaan dan bukan sekadar peruntukan yang menguntungkan kumpulan tertentu sahaja.
Namun, soal bahasa akan terus meracuni pemikiran rakyat Malaysia selagi bahasa dijadikan isu politik. Parti-parti politik harus sedar bahawa tugas mereka bukan sekadar memperjuangkan hak-
hak kaum etnik tertentu sahaja sebaliknya kesejahteraan Malaysia keseluruhannya.
Masanya telah tiba bagi setiap parti politik melihat ke hadapan melintasi batas-batas kaum etnik masing-masing. Mereka harus sedar bahawa ciri-ciri kepimpinan seorang pemimpin menjadi teladan dan mempengaruhi pemikiran pengikut-pengikutnya.
Sebahagian besar rakyat negara ini tidak rela bahasa Malaysia sekadar menjadi bahasa kebangsaan yang tidak dipraktikkan.
Rakyat juga tidak mahu bahasa Malaysia sekadar menjadi bahasa untuk lagu kebangsaan tetapi tidak dimengerti oleh rakyat.
Indonesia, Thailand, Filipina malahan Amerika Syarikat sendiri telah menyelesaikan masalah bahasa kebangsaan mereka lama sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan. Lantaran itu tidak kedengaran lagi rungutan mengenai bahasa kebangsaan di negara-negara ini.
* DATUK MUHAMMAD ALIAS ialah bekas diplomat Malaysia.


Bahaya bermain api




Oleh AZMAN ANUAR (WARTAWAN UTUSAN)
Perkara bahasa Mandarin yang disyaratkan oleh syarikat swasta yang dimiliki kaum Cina dan tender kerajaan yang diberi kepada syarikat bumiputera agar dibuka tanpa mengira kaum boleh dilihat saling berkait antara satu sama lain - iaitu memastikan kaum Cina tidak rugi apa-apa.
Ketika tinggal 10 hari lagi negara akan menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-50, masalah bahasa dan ekonomi antara kaum nampaknya akan terus dibangkitkan.
Ini hakikat kerana kita belum mencapai sikap tolak ansur dalam erti kata yang sebenar.
Tatkala orang Melayu banyak berkorban demi memelihara perpaduan dan kesejahteraan masyarakat berbilang kaum di negara ini, tetapi ada satu pihak pula cuba mengambil kesempatan untuk mempertahankan hak-hak kaumnya.
Kita boleh lihat bagaimana reaksi persatuan-persatuan perniagaan kaum Cina terhadap gesaan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya sektor swasta yang dikuasai kaum Cina membuka peluang pekerjaan kepada kaum Melayu dan India tanpa mengenakan syarat penguasaan bahasa Mandarin.
Sudah lama iklan jawatan kosong meletakkan syarat itu. Banyak pihak menganggapnya satu bentuk diskriminasi terhadap kaum lain serta rakyat yang tidak tahu berbahasa Mandarin.
Itulah liberalisasi yang diberi hingga majikan tidak memandang sebelah mata pun kedaulatan bahasa Malaysia.
Dengan amalan pengambilan pekerja daripada satu kaum sahaja menjadikan ia antara sebab meningkatnya kadar pengangguran di kalangan bumiputera.
Setelah 50 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan, pemilihan pekerja berasaskan bangsa dan bahasa tidak sepatutnya berlaku.
Sebab itu, Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Buruh mesti meneliti dengan serius mana-mana syarikat yang secara jelas meletakkan syarat yang berunsur perkauman ini.
Paling penting sekarang, pihak berkenaan ‘turun padang’ bagi memastikan budaya pengambilan berdasarkan satu kaum itu tidak berlaku.
Pengarah Pusat Pembelajaran Futuristik, Kreativiti dan Inovasi, Profesor Dr. Abdul Rahim Abdul Rashid yang ditemui Utusan Malaysia berpandangan adalah satu tanggungjawab sektor swasta yang dikendalikan kaum Cina untuk menyokong dasar-dasar nasional; terutama bahasa kebangsaan.
“Jika amalan ini diteruskan selepas ditegur oleh pemimpin tertinggi negara, ia menunjukkan pemikiran tertutup pengusaha Cina dari segi mempelbagaikan tenaga kerjanya,” kata beliau.
Prof. Abdul Rahim melihat, tidak elok pihak swasta mengamalkan dasar konfrontasi iaitu menentang dasar-dasar kerajaan dan dari sudut lain cuba menguatkan bahasa Mandarin di sektor bukan kerajaan.
Semangat
Hampir 80 peratus perniagaan dikuasai oleh peniaga Cina dan mereka seharusnya menunjukkan semangat Malaysia dan menyokong hasrat kerajaan dalam mendaulatkan bahasa Malaysia dengan mengambil pekerja yang juga terdiri daripada bukan Cina.
Jika ini dapat dilakukan, sektor swasta telah memainkan peranan positif merapatkan hubungan antara kaum.
Menurut Naib Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia, Datuk Hashim Suboh pula, gesaan Perdana Menteri supaya syarat penguasaan bahasa Mandarin dihapuskan adalah amat tepat dan wajar dilaksanakan serta-merta.
Ia akan memberi isyarat positif bahawa kaum Cina sentiasa bersikap terbuka dan akomodatif dalam agenda menyusun semula masyarakat.
Dalam Perhimpunan Agung Tahunan MCA Ke-54 hujung minggu lalu itu juga masyarakat dapat membaca kata-kata lembut Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting yang mahu kerajaan melaksanakan tender terbuka tanpa mengira kaum.
Sejak dari dahulu, tidak ada Perhimpunan Agung MCA yang berakhir tanpa meminta itu dan ini daripada kerajaan. Sedangkan dalam masa tertentu, agak sukar kerajaan mendapat sokongan parti itu mengenai perkara yang melibatkan kaum Cina.
Dalam hal permintaan MCA supaya kerajaan membuka tender kepada semua kaum, Hashim yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Kangar, Perlis berpendapat ia adalah tuntutan yang belum sampai ketikanya lagi.
Prof. Abdul Rahim pula berpandangan, pemberian tender kepada bumiputera sebenarnya turut memberi keuntungan kepada bukan Melayu.
Banyak tender bagi projek yang bersaiz besar belum mampu dilakukan sendiri oleh kontraktor bumiputera.
Mereka terpaksa mengagih-agihkan subkontrak kepada bukan Melayu terutama kontraktor Cina.
Hakikatnya pengusaha Cina memiliki jaringan kerja yang kuat terutama dari segi kepakaran, pembekalan bahan, pemasaran, teknologi dan sebagainya.
Dalam keadaan ini, syarikat Melayu yang mendapat tender tidak banyak mengaut keuntungan sebaliknya ia lebih menguntungkan syarikat bukan Melayu.
“Ini hakikat, orang Melayu yang mendapat tender kerja daripada kerajaan akhirnya terpaksa mengagihkan tender itu kepada pengusaha Cina yang menguasai jaringan.
“Pegawai dan pekerja Melayu serta nama syarikat Melayu dipergunakan untuk mengayakan tauke Cina. Memang Melayu turut mendapat keuntungan, tetapi hanya secupak, Cina pula segantang,” komen Prof. Abdul Rahim.
Menguasai
Menurut bekas pensyarah Universiti Malaya itu lagi, jika dibuat perincian, syarikat Melayu jauh ditinggalkan di belakang. Dan jika kerajaan tunduk pada tuntutan ini, dibimbangi akhirnya yang menguasai ialah bukan Melayu dan Melayu hanya mendapat serpihan.
“Usaha untuk melahirkan usahawan Melayu tidak tercapai kerana bukan Melayu akan lupa untuk membantu usahawan Melayu.
“Selama ini pun, kebanyakan pengusaha Cina langsung tidak menunjukkan kesungguhan membantu Melayu dalam perniagaan sebaliknya memperkudakan untuk mendapat tender,” ujar Prof. Abdul Rahim.
Realitinya sejak Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan, tender-tender yang diberi kepada Melayu sebahagian besar pergi ke tangan bukan Melayu.
Ini bermakna tanpa MCA membuat usul membuka tender kepada semua kaum pun, pengusaha Cina sudah mendapat segala-galanya. Jika tender dibuka, apa yang tinggal untuk Melayu?
Menurut Hashim pula tender terhad adalah suatu proses ‘pembinaan dan penyusunan semula’ struktur ekonomi Malaysia yang perlu segera disempurnakan.
“MCA perlu menggesa komuniti perniagaan Cina supaya lebih komited, ikhlas dan agresif menjayakan agenda ekonomi nasional.
“MCA perlu membantu dan bukan sekadar memahami. Lebih cepat agenda ini dicapai, akan lebih segera wujud keterbukaan.
Bagaimanapun kaedah pemberian taraf bumiputera yang memberikan ruang penglibatan kepada bukan bumiputera adalah proses positif ke arah sistem tender yang lebih terbuka,” jelas Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kangar itu.
Pemimpin Melayu harus menghalusi usul MCA ini dan jangan mudah termakan sentimen bahawa kaum Cina juga ramai yang miskin.
Ramai tauke besar Cina sedia menghulur wang jika diminta membantu golongan miskin seperti ditunjukkan melalui Projek Langkawi dan lain-lain.
Apakah atas alasan kemiskinan kaum Cina itu maka tender kerajaan harus dibuka kepada semua kaum.
Apakah dorongan golongan miskin Cina untuk masuk merebut tender? Jadi di mana logik alasan Presiden MCA itu dengan menggunakan hujah kontrak sosial.
Pemimpin Melayu harus berhati-hati melihat implikasi masa depan dan perjuangan membela maruah kaum Melayu. Tuntutan kerajaan memberi tender tanpa mengira kaum yang ditonjol-tonjolkan oleh MCA ada implikasinya.


Jangan tunduk -- Tuntutan tender terbuka MCA bercanggah dengan DEB


Jangan tunduk -- Tuntutan tender terbuka MCA bercanggah dengan DEB



Oleh AZMAN IBRAHIM
KUALA LUMPUR 20 Ogos – Ahli- ahli politik Melayu hari ini menggesa kerajaan tidak tunduk kepada tuntutan MCA supaya tender projek-projek kerajaan dibuat secara terbuka kerana permintaan itu bertentangan dengan semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Menurut mereka, dasar tender yang dilaksanakan kerajaan selama ini telah memberi banyak faedah yang turut dikongsi dan dirasai oleh semua kaum termasuk ahli-ahli perniagaan Cina.
Ahli-ahli politik Melayu yang membuat gesaan itu menegaskan, dasar tender kerajaan tersebut diasaskan daripada semangat kontrak sosial dan DEB.
Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Samad berkata, walaupun syarikat-syarikat bumiputera diberi kelebihan mendapatkan tender-tender kerajaan, namun syarikat-syarikat bukan bumiputera tidak terkecuali memperoleh faedah daripada sistem tender itu.
Beliau berkata, kontraktor bumiputera tetap memerlukan kerjasama syarikat-syarikat bukan bumiputera, khususnya syarikat-syarikat milik ahli perniagaan Cina, bagi mendapatkan bahan-bahan binaan dan peralatan-peralatan teknikal.
“Inilah yang dikatakan perkongsian dan ia harus diterima oleh semua rakyat sebagai sesuatu yang positif.
“Apa yang kita amalkan selama ini mewujudkan rangkaian nilai yang dapat membantu meningkatkan ekonomi negara dan dirasai oleh semua peringkat masyarakat,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini.
Shahrir mengulas kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting semalam yang meminta kerajaan melaksanakan tender terbuka tanpa mengira kaum dengan mendakwa jika dilaksanakan langkah itu amalan ‘ali baba’ dapat dihapuskan dan akan mewujudkan persaingan yang lebih sihat dalam ekonomi negara.
Pengerusi Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar pula menegaskan, kerajaan sudah berlaku adil kepada syarikat bukan bumiputera, malah banyak syarikat bukan bumiputera jauh lebih maju dan mendapat peluang yang lebih banyak di negara ini.
Beliau berpendapat syarikat bukan bumiputera tidak boleh mempersoalkan hak dan kelebihan yang diperoleh oleh mana-mana syarikat bumiputera selama ini.
Dasar tender kerajaan itu, tegas Raja Ahmad Zainuddin, bertitik tolak daripada aspirasi DEB untuk mewujudkan keseimbangan ekonomi di kalangan masyarakat.
‘‘Apa salahnya syarikat bumiputera dapat tender daripada kerajaan? Syarikat bumiputera tidak bergerak sendirian. Mereka akan berkongsi perniagaan dengan syarikat-syarikat bukan bumiputera lain... ini sudah memadai dan adil,’’ ujarnya.
Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia, Datuk Roslan Awang Chik pula mendedahkan, syarikat bukan bumiputera sebenarnya memperoleh faedah yang lebih tinggi melalui tender yang diperoleh oleh syarikat bumiputera.
Beliau memberikan contoh bagaimana industri bahan binaan yang lazimnya dimonopoli oleh syarikat bukan bumiputera untung besar apabila kontraktor bumiputera memperoleh kontrak pembinaan daripada kerajaan.
“Kira-kira 60 peratus bisnes bahan binaan dikuasai oleh syarikat bukan bumiputera. Syarikat bumiputera membeli bahan binaan daripada mereka.
‘‘Ini membuktikan syarikat bukan bumiputera tetap menikmati faedah walaupun tender kerajaan diperoleh oleh syarikat bumiputera,’’ kata Roslan.
Pengerusi Biro Pengaduan Awam Pemuda UMNO, Datuk Subahan Kamal pula memberitahu, syarikat-syarikat bukan bumiputera juga banyak memperoleh tender kerajaan terutama dalam bidang elektronik, rangkaian telekomunikasi dan pembinaan jalan raya.
Justeru, katanya, adalah tidak adil jika pucuk pimpinan MCA meminta kesemua tender kerajaan dibuat secara terbuka sedangkan hak yang dinikmati oleh syarikat-syarikat bumiputera itu terlalu kecil.
‘‘Setakat ini sudah banyak syarikat konsesi swasta milik bukan bumiputera diberi peluang untuk menjalankan projek kerajaan dengan nilai projek yang besar.
‘‘Kerajaan sudah berlaku adil... saya menyifatkan permintaan Presiden MCA itu sebagai tidak kena pada masanya apatah lagi ketika negara bakal menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-50 pada 31 Ogos ini,’’ ujarnya.
Ketua Pemuda UMNO Johor, Razali Ibrahim pula menyifatkan permintaan Ka Ting tidak kena pada tempatnya sedangkan beliau seharusnya mengambil kira banyak perkara terutama isu kepentingan masyarakat bumiputera di negara ini.
“Walaupun niat Presiden MCA itu baik iaitu menuntut hak persamaan, namun ada banyak perkara yang perlu dipertimbangkan seperti pencapaian ekonomi masyarakat bumiputera yang jauh lebih rendah daripada kaum bukan bumiputera.
‘‘Belum tiba masanya kita membuka tender projek-projek kerajaan secara terbuka,” katanya.
Menurut Razali, hak persamaan tidak boleh dilihat dari sudut ekonomi semata-mata.
‘‘Tuntutan hak persamaan perlu dilihat dalam konteks persefahaman dalam pembangunan masyarakat,’’ kata beliau.
Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda Pas, Salahuddin Ayub berkata, tuntutan daripada kaum bukan bumiputera mengenai sistem tender kerajaan tidak sepatutnya timbul.
Sebagai rakyat Malaysia, katanya, pemimpin-pemimpin MCA harus memahami semangat kontrak sosial yang menjadi asas perlembagaan negara.
‘‘Sebarang tuntutan oleh kaum bukan bumiputera seharusnya dikaitkan dengan semangat kontrak sosial, maknanya mereka perlu faham bagaimana bermulanya kewujudan negara ini.
‘‘Mereka juga perlu memahami semangat DEB,’’ kata Salahuddin.


http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0821&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

KEMBALI KE PERJUANGAN ASAL


KEMBALI KE PERJUANGAN ASAL


OLEH : Sobri SudinPenyelidik Kanan Yayasan Sumber MaklumatBukan sukar untuk membayangkan tanda aras kemajuan negara sepanjang tempoh 5 dekad kemerdekaan. Bermula 1957, Malaysia tidak pernah menoleh kebelakang dalam merencanakan tiga perkara pokok. Peluang pendemokrasian pendidikan, usaha pembasmian kemiskinan dan perencanaan peluang ekonomi pelbagai.Dasar yang konsisten adalah hasil kerajaan yang dominan, Barisan Nasional dengan tunjangnya adalah UMNO. Sebab itu UMNO dan kekuatannya bukan hanya menjadi jaminan bagi kelangsungan orang Melayu, tetapi kuatnya UMNO juga menjadi penentu kepada kestabilan Malaysia. 3.3 juta orang ahlinya jika mahu diukur dengan jumlah umat Melayu seramai 16 juta orang belumlah lagi boleh dikira sebagai UMNO mewakili keseluruhan Melayu.Namun, kepercayaan rakan-rakan komponen untuk menjadikan UMNO sebagai teraju pemerintahan negara hasil muafakat 'kontrak sosial' pimpinan terdahulu perlu terus dipelihara. Sebenarnya dari sudut legaliti tidak ada jaminan bahawa selamanya jawatan kanan kerajaan, harus dipegang oleh UMNO. Dalam rangka perlembagaan negara tidak pernah tertulis bahawa Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri atau Menteri-menteri kanan kabinet perlu datangnya dari UMNO. Akan tetapi legasi dan pilihan rakyatlah sama ada dari ahli mahupun pengundi Melayu dan bukan Melayu yang lain yang mengabsahkan kedudukan itu. Sebab itu seluruh ahli, pimpinan parti khususnya tenaga muda Pergerakan Puteri disaran kembali ke perjuangan asal. Ingat, hayati, fahami dan terjemahkan asas dan falsafah mahupun tujuan penubuhan UMNO. Sepertimana yang digariskan dalam FASAL 3, PERLEMBAGAAN UMNO."UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah martabat bangsa, agama dan negara".Kembali ke perjuangan asal bermakna ahli-ahli Puteri sebagai tenaga pelengkap kepada misi dan kejayaan UMNO mampu menyempurnakan perkara-perkara berikut :a) Berjuang dengan penuh sukarela mendaulatkan kemurniaan Islam dan membela nasib bangsa Melayu.b) Melindungi dan berusaha bersungguh-sungguh dengan cara-cara yang dibenarkan oleh perundangan negara dan tatasulisa agama untuk membangun, memajukan pendidikan dan ekonomi bangsa Melayu.c) Merencana sahsiah diri, keluarga, masyarakat sekitar agar setia dan taat pada perintah agama, pucuk pimpinan dan sayang akan bangsa.d) Punyai kesedaran jatidiri, faham nasionalis yang tinggi, agar jangan menjadi ibarat 'kera di hutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan".e) Bersatu-padu, tidak berpuak-puak, hidup sebagai satu jamaah dan komuniti UMNO yang tidak berburuk sangka, label-melabel, berhasad dengki, jatuh-menjatuh antara satu sama lain. Menggunakan konsep kita semua adalah 'ahli dan orang UMNO'. Bukan orang kepada puak A, atau puak B dan puak C.f) Punyai semangat kekitaan, sanggup bersusah payah menolong saudara seagama dan tidak mengkhianati rakan ahli dan komuniti UMNO. Melihat UMNO sebagai satu keluarga besar yang ahli di dalamnya hidup penuh harmoni, saling-hormat menghormati dan punyai komunikasi yang baik. Yang tua kita hormati, yang muda kita kasihi.g) Memelihara tingkahlaku, budi pekerti akhlak biar ahli UMNO termasuk Puteri boleh menjadi model, ikon kepada bangsa Melayu yang lain. Konsep 'kepimpinan melalui teladan' wajar diutamakan.h) Bersedia dan terus bersedia untuk melengkapi diri dengan pelbagai kemahiran, ilmu pengetahuan dan pengalaman agar mampu menjadi 'front-liner' yang boleh diharapkan oleh bangsa Melayu untuk melindungi kepentingan umum mereka.Insya-Allah, jika asas kesemua perkara di atas mampu diterapkan, diamalkan UMNO teramsuk Pergerakan Puteri bukan sahaja dihormati, malah akan dilihat sebagai sebuah pertubuhan yang mampu membantu untuk membolehkan UMNO terus mengekalkan legasinya selama 100 tahun lagi sepertimana hasrat YAB Perdana Menteri untuk terus menerajui pemerintahan negara, demi kelangsungan bangsa Melayu, kestabilan politik negara, kemakmuran ekonomi, dan perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum di bumi Malaysia.
http://www.puteri.net.my/modules.php?name=News&file=article&sid=1693

Shahrir suggests that 'Namewee' apologise on YouTube




Johor Baru Member of Parliament Datuk Shahrir Abdul Samad today suggested that “Namewee”, who was rapped for mocking the Negaraku in a video clip on YouTube, post his apology on the popular website.
He said if Wee Meng Chee or “Namewee” was able to make a video of himself singing the national anthem interspersed with rap and then post it on the website, he could also do the same to apologise to Malaysians. “We were only informed that he had apologised. Is it true that he really apologised? He can do it by posting his apology on the website,” he told reporters after flagging off 110 high-powered motorcycles on a Merdeka expedition organised by the Segamat Bikers Club today. Shahrir, who is also Umno Supreme Council member, however said the solution to the “Namewee” issue should be based on the law whether the student had committed any offence. Meanwhile, Gelang Patah Umno division chief, Aziz Sapian, said the division which held an emergency meeting yesterday has called on the government to strip Taiwan-based student of his citizenship.
“We want the government to strip Wee of his Malaysian citizenship for insulting the Malays and Islam in the country,” he told Bernama today


Menyisih Generasi “Hantu” Sempena 50 Tahun Merdeka





Alasan 'jahil' bagi generasi muda untuk tidak menghormati legasi, simbol kedaulatan negara seperti 'lagu kebangsaan', bendera kebangsaan atau apa jua ikon yang mewakili kedaulatan, kewibawaan negara haruslah ditolak secara total.
Usia 50 tahun merdeka, sewajarnya menjadikan seluruh rakyat Malaysia memahami sejarah kelahiran negara.
Asal-usul perkembangan nasionalisme, perundangan dan perlembagaan negara. Isu sensitif berkaitan bahasa, budaya, agama, dan juga sepatutnya lebih responsif dan konstruktif dalam membina peradaban negara.
Bayangkan, jika dalam zaman ini, apabila seorang pencuri, dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mencuri barang di pasar raya, lantas, apabila diajukan persoalan kenapa mencuri?, lalu di jawab "saya jahil' dan tidak tahu yang mencuri itu salah.
Apakah jawapan ini membolehkan hakim membebaskan si pesalah tadi?.
Jika demikianlah sifatnya, maka, huru haralah negara ini. Setiap kaum bebas berbuat apa sahaja.
Tiada maknanya usaha pencegahan dalam bentuk akta dan undang-undang. Tidak perlu institusi penguatkuasa kerana tugas mereka akan menjadi kurang signifikan.
Kerana setiap kali mahu menguatkuasakan peraturan golongan ini akan berhadapan dengan suatu generasi baru yakni generasi hantu yang kononya jahil serba serbi meskipun mendapat pendidikan tinggi di luar negeri.
Generasi hantu ini jahil bercakap Bahasa Melayu, mereka merasakan bahasa ini hanya milik orang Melayu, sedangkan 'Bahasa Jiwa Bangsa' dan lingua franca berkenaan telahpun termaktub sebagai Bahasa Rasmi dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.
Generasi hantu ini juga jahil kerana mereka tidak pun pernah diajar, dididik akan sejarah negara, kurang mengerti 'sosial kontrak' yang telah dipersetujui antara pimpinan terdahulu.
Atas nama liberalisasi, "freedom of expression", "freedom of speech", agama orang lain, hak orang lain diperlekehkan, dipertikaikan.
Dasar-dasar negara yang selama ini membantu mereka, dianggap mendiskriminasikan kaum dan golongan tertentu.
Generasi ini, terus merasuk, mendakyah dengan mekanisme pelbagai, mengata dan mengaib dan mempromosikan budaya 'biadab', nilai 'kurang ajar'.
Mereka mempersendakan pemimpin, mengkesampingkan undang-undang, menghina simbol-simbol penting negara. Meracau dan mengilai tawa tanpa arah tujuan, hanya dengan satu matlamat. Agar semua yang lain percaya dan terpengaruh dengan 'rasukan' mereka itu.
Generasi hantu ini sebenarnya lebih merbahaya dari komunis yang gerakan mereka mudah dikesan dan dipantau.
Generasi hantu ini lebih canggih kerana mereka dilengkapi pelbagai alatan, dilindungi oleh kumpulan tertentu.
Generasi hantu ini juga, amat sukar dikenali kerana mereka hidup, makan, bergerak dan bersosial seperti manusia biasa. Hidup dekat dengan kita, menjadi sebahagian dari komuniti bangsa kita.
Generasi hantu ini tiada kerja lain, kerjanya hanya membuat kacau, menimbulkan keributan, merosak dan memecah keamanan kerana mungkin sifat ‘hantu' yang sentiasa inginkan permusuhan dan tidak boleh kekal dalam ketenangan.
Puncanya kerana 'roh dan jasad generasi hantu' itu sendiri tidak aman. Bukankah sifat 'hantu' suka menimbulkan ketakutan pada orang lain?.
Sebab itu, kita harus lebih berani, kerana 'hantu' amat suka pada orang yang takut.
Justeru dengan menjadi lebih berani, generasi hantu ini dapat kita sisihkan dari terus menjadi petualang dan membuat kacau di bumi Merdeka ini. Merdeka tetap terpelihara.



KULIM: Pelajar rakyat Malaysia, Wee Meng Chee, 24, atau ‘Namewee’ yang mencetus kontroversi apabila menyanyikan lagu Negaraku dalam rentak rap perlu membuat permohonan maaf secara terbuka dan disaksikan orang ramai.Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Padang Serai mengesa supaya pelajar berasal dari Muar, Johor berkenaan berbuat demikian selain memadam rakaman video lagu Negaraku yang diubah suai.Ketuanya, Abdul Rahman Mahamud berkata, jika pelajar terbabit jujur atas kesilapannya maka dia perlu meminta maaf secara terbuka secara menampilkan diri dalam klip video di laman web berkenaan.Menurutnya, pelajar terbabit yang sudah meminta maaf melalui bapanya minggu lalu tidak seharusnya terlepas daripada tindakan undang-undang disebabkan kesalahannya menghina lagu Negaraku.
Katanya, Pemuda Padang Serai menyokong kenyataan beberapa pemimpin tertinggi negara ini bahawa walaupun permohonan maaf diterima, tetapi tindakan undang-undang juga perlu dipatuhi.
“Pemuda mahu pelajar terbabit menghentikan segala klip video yang memaparkan lagu Negaraku diubah suai menjadi rentak rap. Lagu Kebangsaan bukan untuk dipermainkan kerana ia begitu terpelihara.“Walaupun di Amerika Syarikat mempunyai ramai penyanyi rap, namun apa yang saya tahu mereka tidak mengunakan lagu kebangsaan untuk hiburan dan kita bukan seperti mereka yang terlalu bebas membuat sesuka hati,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melepaskan peserta Kempen Kibar Jalur Gemilang di Kampung Sentosa, Padang Serai, dekat sini, kelmarin.Pada majlis berkenaan, sebanyak 100 buah motosikal yang dinaiki oleh ahli Pemuda membawa Jalur Gemilang mengelilingi beberapa kampung di Padang Serai.Abdul Rahman berkata, pihaknya juga mengingatkan pelajar terbabit supaya menghentikan semua klip video lagu Negaraku itu jika sudah meminta maaf bagi mengelak keadaan lebih buruk.“Jika benar-benar ikhlas meminta maaf, saya rasa dia perlu menghentikan semua klip video berkenaan di samping menyiarkan laporan berita mengenai dirinya untuk siaran saluran berita televisyen di negara ini.“Pemuda Umno juga ingin menyeru rakyat Malaysia supaya jangan mengunakan laman web untuk membicarakan perkara ini, dan biar pihak berkuasa sahaja menyelesaikannya,” katanya.








Di bawah ini adalah terjemahan lagu Negarakuku oleh NameWee yang di hantarkan ke internet.

ILoveMyCountry - Negarakuku

Negaraku
Negarakuku
Negaraku
Negarakuku
Negaraku
Negarakuku

Aku cinta negaraku, Hanya bila ada negara, Ada tanah air ku
Hanya bila ada tanah air ku, Di sini aku berdiri di sini
Nyanyikan lagu ini untuk kau dengan lantangnya, Janganlah kau takut
Walaupun aku selalu menggunakan perkataan-perkataan kesat dalam laguku
Tetapi lagu aku hanya seperti durian, berserta duri-duri
Hanya apabila kau berani membukanya, untuk melihat kebenaran nyata di dalam
Ia boleh berbau seperti tahi, ataupun berbau sangat elok
Hanya bergantung kepada jenis hidung yang kau ada
Polis kami mempunyai nama lain yang dipanggil MATA
Kerana mata-mata mereka sangat tajam
Apabila tahun baru semakin hampir, mereka seolah-olah sangat bekerja keras
Mereka akan mengeluarkan pen-pen, tetapi mereka tidak membuka tiket kepadamu
Kerana mereka terlalu dahaga dan mereka perlu minum TEH
Dan juga kopi O, mahukan gula lebih?
Kalau ditambah lagi gula, mereka akan tersenyum kegembiraan denganmu
Mereka akan katakan TATA kepadamu bila kau mahu beredar

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup
Bersatu dan maju

Fenomena seumpama ini tidak perlu dipertingkatkan lagi
TIDAK perlu untuk pertingkatkan kerjasama antara polis dan rakyat
Perhubungan tidak akan berubah dengan secawan kopi
Aku sangat gemarkannya
Sekurang-kurangnya aku tidak akan dapat tiket saman bila aku balik rumah
Kalau berlaku, bapaku mesti berang dengan aku
Aku mesti kena hamun, tak de kereta untuk aku
Kurang asam, apa yang aku boleh buat waktu macam ni?
Macammana aku nak BERGEMBIRA tanpa kereta?
Macammana aku nak beromen tanpa kereta?
Macammana aku nak cari awek tanpa kereta?
Aku sangat cintakan negara ini
Waktu subuh pukul 5 pagi
Ada seruan azan untuk kejutkan aku
Kadangkala ada lagu sekali
Sama macam nyanyi lagu cinta
Kadang-kala suaranya diubah jadi macam gaya RnB
Walaupun kadang-kala mereka menyanyi sampai jadi sumbang
Atau kadang-kala mereka menyanyi sampai serak
Sesetengah suara mereka sama macam kokokan ayam jantan, tetapi mereka lebih awal dari ayam jantan
Hanya dengannya, kami akan dikejutkan untuk pergi ke sekolah atau kerja
Tolong jangan salahkan kerajaan hanya ambil kisah tentang orang bumiputra
Tolong jangan salahkan kerajaan kerana tidak adil dengan kami
Ini semua tunjukkan kami orang cina tidak takut kerja keras
Ini semua hanya berikan kami cara untuk cari jalan keluar
Jangan terperanjat dengan keadilan mereka
Ini hanya tunjukkan kami adalah cemerlang
Hanya kanak-kanak kecil yang belum lagi dikotorkan tahu apa itu kemerdekaan
Kalau tidak, kau nampak beberapa orang lain masih lagi perlukan pengasuh kanak-kanak

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
Selamat bertakhta

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
Selamat bertakhta

Orang-orang yang di dalam kerajaan, mereka lagilah cerdik
Apa jua kerja mereka buat, mereka boleh buat dengan perlahan-lahan
Sedangkan orang-orang yang beratur pun akan tengking pada mereka
Mereka terus berasa selesa sepertimana yang mereka suka
Kadangkala mereka sampai bawak keluar kek mereka
Mereka makan kek nyonya mereka, anda semua boleh terus beratur
Meskipun kalau kau benar-benar tengking mereka
Ia masih lagi ok, kerana pengawal keselamatan tidur di sebelah dan dia tidak akan kesah tentang kau
Mereka tutup kepala mereka, lintas jalan dengan perlahan
Kau perlu benarkan dia melintas dan berhati
Yang paling penting untuk hidup dengan gembira, untuk hidup dengan selesa
Jangan jadi macam orang cina setiap hari sibuk dan penat gila
Kita amat disanjungi sikap sebegini
Inilah gaya hidup mereka, cara hidup mereka
(sikap sikap)
Aku masih lagi cakapkan perkataan baik-baik dalam lagu ini
Aku percaya mereka yang bencikan aku mesti tengah bergembira sekarang ini
Dunia ini sangat damai, dunia ini penuh dengan harapan
Tiada siapa yang tercedera, semuanya berjalan dengan lancar
Kau sangat suci, kau sangat pelembut
Tahi itu bau sangat wangi, tiada perkataan-perkataan kesat
Kau semua sangat berdarjat tinggi, setiap hari menikmati percintaan
Mendengar GuangLiang PinGuan (penyanyi popular malaysia)
Tetapi mereka telah lari ke Taiwan
Pelajar-pelajar sekolah Cina, selepas habis belajar
Sangat susah nak masuk ke universiti tempatan
Sebenarnya kitorang tak perlu dihasut oleh mereka
Kerana ini salah satu daripada pelan besar kerajaan
Mereka mahu kami pergi ke luar negara untuk mengejar cita-cita kami
Kemudian balik semula untuk menyumbang kepada negara
Rancangan ini memang sangat bagus sampaikan aku tak boleh nak cakap apa-apa
Di setiap pelusuk dunia sekarang ini boleh cari anak-anak Malaysia
Seolah-olah kami lari dari suatu tempat, sangat shiok (?)
Malaysia sedang mempromosikan tahun melawat Malaysia 2007
Tradisi cina dipromosikan di mana-mana
Tetapi kerajaan tidak pedulikan pun pelajar-pelajar sekolah cina
Semua sijil-sijil kami dibuangkan ke dalam longkang
Serupa macam aku, aku pergi ke Taiwan selepas habis belajar
Aku telah belajar sesuatu dan sedang bersedia untuk kembali dan membantu negaraku
Aku sekarang sedang berdiri di tepi jalan di Taipei, bersama dengan gitarku
Tetapi di dalam hatiku aku masih lagi menyanyi

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
Selamat bertakhta

Tolong jangan saman aku
Aku takde duit

"

Wednesday, August 15, 2007

Pendapat / Pandangan /


Untuk ahli UMNO Kulim/bandar baharu,



sekiranya ingin menghantar sebarang berita, maklumat,

sila emailkan kepada hasrilhusni@yahoo.com


Monday, August 13, 2007

Wajah baru


UMNO Blog terbaru...


Sunday, August 12, 2007

Jangan pertikai perjuangan bela Islam dan Melayu - Khir




Sejak akhir-akhir ini, isu pembelaan terhadap agama Islam dan orang Melayu dilihat sebagai perjuangan bersifat perkauman dan mula dipertikaikan oleh banyak pihak. Hinggakan jika ada mana-mana pihak bercakap mengenai perjuangan Islam dan orang Melayu akan diserang sebagai menafikan hak agama dan kaum lain di negara ini. Isu-isu sensitif ini semakin kerap dimainkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab khususnya melalui tulisan dan komen yang mereka berikan di dalam portal berita serta blog. Malah ada yang melampaui batas mula menghina kesucian Islam dan orang Melayu. Menyedari hakikat ini, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo mengingatkan bahawa perjuangan UMNO membela agama Islam dan orang Melayu tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak termasuk parti komponen Barisan Nasional (BN). Serentak dengan itu beliau berkata, pemimpin UMNO tidak perlu berasa bersalah terhadap kaum-kaum lain dalam membela agama Islam dan nasib orang Melayu kerana perkara berkenaan adalah asas perjuangan dan tunjang kekuatan parti. Katanya, pemimpin UMNO perlu tegas dalam membela kedua-dua perkara itu kerana jika tidak, parti akan menjadi lemah dan menyebabkan orang Melayu terus ketinggalan. “UMNO memperjuang agama Islam dan membela orang Melayu, tetapi secara tidak langsung kita membina masa depan negara. Jika pemimpin UMNO tidak tegas membela orang Melayu, maka orang Melayu akan mencari parti lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Batu Gajah, Perak hari Ahad. Beliau yang juga Menteri Besar Selangor berkata, parti-parti komponen BN perlu sedar bahawa kekuatan dan sokongan terhadap UMNO selama ini ialah kerana parti itu berjuang untuk membela agama Islam dan orang Melayu. Dengan itu, parti-parti komponen BN diingatkan agar tidak mempertikai perjuangan UMNO tersebut. Tambahnya, jika ada parti-parti komponen BN mula terikut dengan rentak pihak yang tidak bertanggungjawab mempertikaikan perjuangan UMNO membela Islam dan orang Melayu, ini akan melemahkan UMNO dan jika UMNO lemah, ia turut akan melemahkan BN. “Ini tidak bermaksud UMNO tidak membantu kaum lain, tetapi inilah konsep kita berparti dalam BN. MCA bertanggungjawab membela orang Cina, kita tidak pernah pertikai, sama juga MIC membela orang India, jadi UMNO akan terus membela nasib orang Melayu,” katanya. Dr. Mohamad Khir berkata, pemimpin UMNO juga tidak seharusnya bersikap rasa bersalah dalam usaha menjayakan Dasar Ekonomi Baru (DEB), terutamanya bagi merapatkan jurang pendapatan orang Melayu yang masih ketinggalan berbanding kaum Cina dan India. - 12/8/2007

Agendadaily sempat mengadakan temubual ringkas dengan Prof. Datuk Seri Dr. Ibrahim Abu Shah




Baru-baru ini Agendadaily sempat mengadakan temubual ringkas dengan Prof. Datuk Seri Dr. Ibrahim Abu Shah selepas satu majlis di Kuala Lumpur.Berikut adalah transkrip perbualan tersebut.
AGENDADAILY : Datuk dilihat sebagai salah seorang Naib Canselor yang menyerlah memimpin UITM… apakah yang membanggakan Datuk sepanjang menerajui pusat pengajian ini.
DR IBRAHIM: Pencapaian yang saya rasa ialah dari segi persepsi masyarakat dan negara terhadap UITM menjadi begitu kukuh ketika ini, sehinggakan kepercayaan pihak kerajaan terhadap kebolehan UiTM tidak dipersoalkan lagi.Dibandingkan masa dahulu masyarakat masih lagi agak teragak-agak tetapi pada hari ini … we’re the first choice …
Kita merupakan pilihan pertama pemohon-pemohon dikalangan bakal-bakal pelajar dan juga pilihan pertama ibubapa untuk memasukkan anak mereka ke institusi pegajian tinggi.Baru-baru ini kerajaan meminta kita menambahkan 200 ribu pelajar lagi.
Itulah kepercayaan kerajaan yang kita boleh buat, terutama dari segi mengimbangkan kedudukan pelajar-pelajar Melayu dan bukan Melayu. Kalau kerajaan tak percaya takkan dia suruh kita buat … itulah kejayaan, kalau nak dibandingkan dengan dulu dan sekarang... jauh beza. Saya cukup nampak success story yang amat ketara yang boleh kita banggakan hari ini.
AGENDADAILY : Apakah ada sesuatu yang Datuk belum berpuashati, terutama dalam membimbing anak Melayu menuju kejayaan akademik.
DR. IBRAHIM : Saya rasa saya masih tidak puashati dari segi mengimbangkan kedudukan diantara Melayu dan bukan Melayu. Kita di UiTM cuba membantu tetapi malangnya kita lihat pada hari ini keadaan masih meruncing di kebanyakkan universiti.
Kita lihat anak-anak Melayu masih terkebelakang terutama dalam bidang-bidang kritikal tapi kita di UiTM, Alhamdulillah … kita mencuba untuk mengimbangkannya.
Kita berusaha sedaya upaya maka dengan itu, kita terpaksa berusaha dengan lebih kuat .UiTM mesti memainkan peranan dengan lebih agresif dan cepat untuk mengimbangkan kedudukkan Melayu dengan bukan Melayu dalam bidang pendidikan, jawatan-jawatan profesional dan juga bidang-bidang penting negara.
AGENDADAILY : Kerana terlalu lantang maka ada pihak-pihak yang beranggapan Datuk cuba jadi champion pada bangsa Melayu.Apa pandangan Datuk?
DR. IBRAHIM : Apabila saya berbuat sesuatu untuk bangsa saya … saya tidak merasa perasaan bersalah kerana pada pandangan saya itu hak saya memperjuangkan bangsa saya kerana saya sayangkan bangsa saya.
Tidak ada sebab orang-orang bukan Melayu hendak komplen sebab mereka berada di tempat yang cukup baik.Mereka bukan rakyat asal negara ini tetapi berada di tempat yang cukup baik … cukup mewah … cukup lumayan … Apakah salah kalau saya nak membetulkan bangsa saya dan tanpa mengusik bangsa lain. Kalau saya dapati ada puak-puak tertentu yang cuba memperkecil-kecilkan ataupun yang cuba menyusahkan atau menghina bangsa saya … is it wrong for me to fight back ?
Bukan saya nak bergaduh atau mengacau atau menjatuhkan mereka … tidak! … Orang-orang bangsa lain hidup dengan mewah … adakah saya pernah komen mereka hidup mewah. Ssaya cuma nak membetulkan bangsa saya.Kalau saya komen, saya vocal … saya agresif … I don’t think I’am wrong and I will never opologise.They can think what they want to think! I will carry on .
AGENDADAILY : Apakah Datuk bangga dengan apa yang Datuk lakukan sekarang untuk bangsa Melayu?
DR. IBRAHIM : Saya bangga … pasal apa saya nak takut?
Kalau saya mengecam atau mengutuk, menganiaya atau mendikriminasi mereka …itu lain cerita … I am not doing that … Saya hanya nak membetulkan bangsa saya yang agak terkebelakang nak menaikkan dan mengukuhkan bangsa saya, apa pasal mereka nak susah hati pulak … mereka kecil hati ke … susah hati … nothing to do with them … Mereka mempertahankan bangsa mereka tengoklah? Si Qiu dan Lim Keng Yek (Presiden Gerakan) mempertahan bangsa dia … orang Melayu tak bising pun… Saya mempertahankan bangsa saya apa dia orang nak bising… I will never withdraw I will never ... saya akan terus.
AGENDADAILY : Suara dan semangat Datuk semacam serta senada dengan pemimpin-pemimpin politik, apakah Datuk berminat untuk menyertai politik?
DR. IBRAHIM : Saya tidak berniat masuk politik tapi mesti faham, saya punya Phd … dalam bidang government and politic, I’m not a politician but my Phd is ‘government and politic’ …
Saya study politik negara-negara lain dan saya tengok kejatuhan negara-negara disebabkan politiknya tak betul, bangsa dan tamadunnya tak kuat. Apa yang saya buat bukannya sebagai seorang ahli politik tetapi sebagai seorang ahli akademik.
Dengan berpandukan kepada pengetahuan yang saya tahu, but I’m not a politician … but I have to do this … not because I am a politician, but I am a Vice Canselor of Malay University.…
Jadi kalau saya sebagai seorang VC Malay University tidak dapat mempertahan dan memperjuangkan bangsa saya … saya tak nampak siapa nak memperjuangkan… so what wrong for me nak memperjuangkan itu, tak patut mereka mempersoalkan because, I am not a politician.
AGENDADAILY : Apakah Datuk berpuashati dengan pencapaian orang Melayu sekarang?
DR. IBRAHIM : Memang saya sedih dan saya tidak berpuashati … I am really unhappy … bahkan saya rasa sebak … sebab kita orang akademik, macam saya ini … kita tahu, kita ada fakta-fakta … fact and figures … berkenaan bangsa Melayu, saya tahu dan saya boleh predict jatuh bangun bangsa Melayu.
Saya boleh nampak dan saya boleh bayangkan … sebab tu saya tak puashati … saya tak puashati … dengan data-data yang kita ada, dan dengan fact and figure yang kita ada … if you not careful … we’re to be marginalise very soon...not to wait 2020, but much earlier than that …
Kita kena betulkan … and I am not happy at all … saya sedihlah keadaan ini, dan saya rasa terutama orang politik Melayu kena tegas sedikit mempertahan bangsa kita, ini negara kita, tanah tumpah darah kita … adakah kita nak biarkan … kita sebagai anak watan negara ini dipinggirkan dan dipermainkan.
Jadi, kita sedia maklum bahawa bangsa kita sering bertolak ansur… akhirnya kita ditolak beransur-ansur, itulah soalnya bangsa kita pada hari ini.
Kita akan ditolak beransur-ansur oleh bangsa lain kalau kita terlampau bertolak ansur.

Peranan Gerak Gempur Pemuda Perlu Diperluas Ke Alam Siber



Oleh Indera Ahmad
Alor Gajah -- Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin berkata definisi pasukan Gerak Gempur pergerakan itu perlu dikaji semula supaya tidak sekadar dilengkapi ‘senjata untuk berperang di bumi nyata’.
Jelas beliau peranan Gerak Gempur kini perlu diperluaskan merangkumi peperangan di alam siber memandangkan internet kini sudah dijadikan gelanggang perang baru oleh banyak pihak.
"Pemuda UMNO perlu berada di barisan depan untuk menentang idea bukan hanya menerusi perang mulut, malah perang saraf dan perang idea yang disebarkan menerusi alam siber.
"Internet sudah dijadikan gelanggang perang baru dan Gerak Gempur Pemuda UMNO harus menjelaskan isu sebenar dan menangkis fitnah disebarkan", katanya.
Beliau berkata demikian selepas menutup Kursus Gerak Gempur Pilihanraya Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan di Institut Latihan Usahawan (EDI), Durian Tunggal di sini, Ahad.
Justeru tambah beliau Pemuda perlu mempersiapkan jentera untuk berdepan dengan perang siber dan menjelaskan isu sebenar.
"Ini kerana orang muda kita tidak keluar sangat, lebih suka duduk dalam bilik melayari internet dan internet dijadikan tingkap mereka kepada dunia.
"Internet dunia hakiki mereka... mungkin bilangannya sekarang minoriti tetapi 20 tahun akan datang mereka akan jadi majoriti rakyat Malaysia," ujarnya.
Pada majlis itu juga beliau turut memberi amaran kepada mana-mana pihak agar tidak UMNO sebagai parti yang mengamalkan semangat perkauman kerana parti keramat itulah yang selama ini menjadi tonggak menegakkan semangat perkongsian kuasa di negara ini.
Beliau berkata jika bukan kerana UMNO, semangat perkongsian kuasa dalam Barisan Nasional (BN) yang menyaksikan semua kaum mendapat tempat tidak akan berlaku.
"Kita amat terkilan apabila tindakan Ketua kita Datuk Seri Hishamuddin Hussein, menghunus dan mencium keris dijadikan isu menuduhnya sebagai perkauman dan benci kepada kaum lain.
"Keris adalah lambang kekuatan Melayu dan Pemuda UMNO. Ia motivasi kepada kita, bukan senjata untuk mengancam orang lain. Namun, perkara ini diputar belitkan dan dijadikan isu perkauman," katanya.

Koridor Utara Dan Masa Hadapan Melayu Di Pulau Pinang




Dr Novandri Hasan Basri
Penulis kagum dengan segala pelan dan perancangan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (Koridor Utara) yang telah dirasmikan minggu lepas. Pulau Pinang sebagai contohnya, akan mempunyai pelbagai prasarana yang beratus-ratus juta ringit harganya.
Sebuah hab pengangkutan dan logistik dikenali sebagai Penang Sentral bernilai RM2 bilion akan dibina di negeri ini dan projek ini dilaporkan akan meliputi kawasan seluas 1.8 juta meter persegi yang merangkumi pembinaan terminal bersepadu pengangkutan, pembangunan komersial, peruncitan dan perumahan.
Di dalam mensasarkan tahun 2025, satu perkara yang patut kita fikirkan dengan masak-masak iaitu di manakah letaknya bangsa Melayu di Pulau Pinang pada tahun 2025?
1. Apakah ada kepastian bahawa anak-anak kita dan generasi kaum Melayu ketika itu tidak juga merintih seperti kita hari ini?
2. Apakah peratusan hak milik ruang perniagaan bangsa Melayu akan di pastikan meningkat dalam jangkamasa 18 tahun ini?
3. Apakah syarat-syarat pemilikan hartanah yang longgar lagi menyenangkan seperti pelepasan kuota bumiputera ke tangan bukan bumiputera di Pulau Pinang akan terus digunapakai sehinggakan berlaku kepincangan peratus serta integrasi di antara kaum-kaum di sesetengah bahagian di pulau ini?
4. Apakah bangsa Melayu akan dipastikan untuk mampu meningkatkan hak milik kediaman mereka di Pulau Pinang ini?
KEDIAMAN* -------- PERATUS*
RUMAH TERES ---------- 18.2 %RUMAH BERKEMBAR ---- 20.7%KONDOMINIUM --------- 4%FLAT ------------------- 16.6%
*bahagian penyalarasan bumiputera
5. Apakah kontraktor-kontraktor Melayu sudah boleh berdiri sendiri tanpa mempraktikkan konsep Ali Baba?
6. Apakah kelak peratusan bangsa Melayu yang menyandang pangkat-pangkat tinggi seperti bahagian pengurusan, akan meningkat dan bukan sahaja di peringkat bergaji rendah seperti operator dan technician?
7. Apakah rantaian perniagaan bangsa Melayu seperti pembekal bahan mentah, simen, batu, bahan runcit dan sebagainya sudah mampu menyambut cabaran dan berfungsi tanpa berlakunya ketirisan seperti pada hari ini?
8. Apakah agensi-agensi yang menjaga kepentingan bangsa Melayu di Pulau Pinang ini benar-benar puas hati dengan segala blue print Koridor Utara ini dan pasti segala yang negatif akibat arus pembangunan yang pesat ini dapat dikurangkan dengan jayanya?
Soalan-soalan ini perlu dijawab sekarang kerana tahun 2025 hanyalah 18 tahun lagi.
Mungkin penggerak, pengkaji dan pelaksana program ini sudah tiada lagi ketika itu dan yang kelak akan menerima segala yang positif dan negatif adalah kanak-kanak Melayu dan generasi muda Melayu pada hari ini.
Sebagai generasi muda, penulis bukannya pessimistik tetapi kita perlu berhati-hati kerana beberapa perancangan kerajaan negeri Pulau Pinang pada tahun 1970-an dan 1980-an telah menyebabkan timbulnya pelbagai rintihan daripada bangsa Melayu di bahagian pulau ini,
Para cendiakawan dan pemimpin-pemimpin pasti telah menilai sudut-sudut tersebut tetapi yang pastinya, kita tidak mahu anak-anak Melayu di Pulau Pinang di masa hadapan menyambung tradisi bangsanya yang merintih di bumi sendiri!
Pokoknya, apakah kita mampu untuk berfikir ke hadapan dan berbuat sesuatu sebelum ianya sudah terlewat


Ncer : secara umum




Program pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Utara merupakan satu inisiatif Kerajaan untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan tahap pendapatan di Wilayah Utara Semenanjung Malaysia – yang mana merangkumi negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara1. Tempoh inisiatif Koridor Utara adalah daripada tahun 2007 sehingga tamat Rancangan Malaysia ke-12, iaitu pada tahun 2025


Terdapat beberapa objektif di sebalik inisiatif Koridor Utara. Pertama, program ini adalah sebahagian daripada komitmen Kerajaan Persekutuan untuk membantu Wilayah ini memaksimumkan potensi ekonominya dan merapatkan jurang pembangunan serta pendapatan di antara pelbagai kawasan yang berlainan di Malaysia. Kedua, ekonomi Malaysia bermatlamat untuk bergerak ke arah aktiviti ekonomi yang lebih tinggi nilai tambahnya dan berasaskan ilmu pengetahuan untuk terus meningkatkan lagi pendapatan per kapita. Koridor Utara sememangnya berpotensi untuk menjadikan Malaysia pemimpin serantau dalam beberapa bilangan sub-sektor ini.
Meningkatkan Nilai Tambah Daripada Industri Yang Sedia Ada
Tema keseluruhan bagi inisiatif Koridor Utara adalah “Meningkatkan Nilai Tambah Daripada Industri Yang Sedia Ada”, iaitu memberi penekanan kepada tranformasi dan pengembangan sektor pertanian, pembuatan, pelancongan dan logistik di Wilayah ini.
Wilayah Utara yang dikenali sebagai jelapang padi negara berpotensi untuk berada di barisan hadapan dalam transformasi sektor pertanian Malaysia. Wilayah Utara boleh menggunakan perladangan berskala komersil dan teknologi terbaru untuk menjadi zon makanan moden, meningkatkan eksport produk pertanian segar dan premium serta hasil pertanian yang telah diproses bagi membantu Malaysia mencapai objektifnya untuk menjadi sebuah negara yang dapat menampung keperluan sendiri dalam makanan ruji seperti beras.
Sememangnya Wilayah Utara telah menjadi tapak bagi sektor ekonomi yang paling penting – yakni sektor elektrik & elektronik (E&E). Inisiatif Koridor Utara adalah untuk mempercepatkan pertumbuhan sektor ini ke arah aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi seperti reka bentuk, penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Aset pelancongan utama seperti Pulau Langkawi dan Pulau Pinang akan dipertingkatkan untuk menarik pelancong-pelancong golongan mewah. Oleh yang demikian, perbelanjaan pelancong per kapita akan meningkat dan saiz industri pelancongan di Wilayah ini akan bertambah besar.
Inisiatif Koridor Utara adalah untuk mengukuhkan sektor yang sedia ada seperti pertanian, E&E dan pelancongan. Ia juga akan berusaha untuk membangunkan industri baru di Wilayah ini seperti penanaman tanaman komersil baru dan menggalakkan aktiviti hiliran dalam sektor pertanian. Di samping itu, ia juga akan menggalakkan aktiviti pembuatan baru seperti bioteknologi, bahan mampan serta minyak dan gas, dan pengangkutan Koridor Utara yang kukuh dan berdekatan dengan Thailand dan Sumatera supaya dapat menjadi pusat pemprosesan, logistik dan pusat perdagangan bagi Kawasan Pertumbuhan Segitiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT).
Membangun Bersama-Sama Kesaksamaan Sosial
Meskipun begitu, tumpuan sepenuhnya terhadap pertumbuhan ekonomi sahaja adalah tidak memadai dan jika ia diteruskan secara berasingan, ia akan membawa kepada pembangunan yang tidak seimbang di Wilayah Utara. Untuk mencapai pembangunan ekonomi yang akan memanfaatkan sebahagian besar penduduk Koridor Utara, pembangunan mestilah dilakukan dengan cara yang membabitkan penglibatan aktif penduduk, dan dapat memanfaatkan, golongan masyarakat yang kurang bernasib baik. Ini termasuk penduduk luar bandar yang miskin, ibu tunggal dan golongan berpendidikan rendah. Usaha-usaha semasa untuk membasmi kemiskinan perlu diperkukuhkan lagi bagi sasaran keluarga yang hidup dalam kemiskinan yang dianggarkan seramai 57,700 keluarga dan 11,900 keluarga yang hidup dalam kemiskinan yang keterlaluan di Wilayah Utara2. Purata pendapatan bulanan keluarga yang agak rendah di Wilayah ini ialah RM2,477, juga perlu dinaikkan lagi. Tambahan pula, tahap pencapaian pendidikan yang rendah, serta kelemahan dalam kadar kanak-kanak yang bersekolah perlu diberi keutamaan. Sesungguhnya, isu-isu sebegini akan menghadkan faedah/keuntungan yang bakal diagihkan di Wilayah ini daripada program-program pembangunan ekonomi yang akan dilaksanakan.
Oleh yang demikian, tema inisiatif Koridor Utara ialah kesungguhan untuk membangun bersama-sama kesaksamaan sosial – di mana program untuk mempercepatkan sasaran ekonomi di kawasan yang diberi perhatian akan dijalankan dengan satu cara yang menekankan penglibatan masyarakat tempatan, dengan dipimpin dan didorong oleh sektor swasta serta pasaran semasa. Sebagai contoh, dalam transformasi sektor pertanian, insentif kewangan akan diberikan untuk menggalakkan syarikat-syarikat swasta mengatur dan mengurus masyarakat tempatan agar mencapai tahap skala yang optimum. Bagi sektor pelancongan, strategi untuk menarik pelancong daripada golongan mewah akan dilengkapkan dengan langkah yang dapat menjamin masyarakat tempatan mendapat manfaat daripada peningkatan perbelanjaan para pelancong. Antara lain, sektor kraftangan akan dijadikan lebih profesional dan dinaiktaraf dengan pembabitan usahawan yang dapat memberikan potensi pasaran serta mengatur masyarakat setempat untuk turut terlibat di pusat pengeluaran.
Secara ringkas, walaupun pertumbuhan ekuiti sosial adalah tema yang utama, strategi pelaksanaan haruslah didorong oleh pasaran dan dipimpin oleh sektor swasta. Kerajaan akan memberi sokongan yang kuat dengan menyediakan pemboleh utama, program pembiayaan dan insentif cukai yang disesuaikan secara khusus. Pada masa yang sama, organisasi pelaksanaan yang berdedikasi akan ditubuhkan bagi menyelaras dan mempercepatkan pelaksanaan inisiatif Koridor Utara.
Empat daerah di Perak yang termasuk dalam Koridor Utara ialah: Hulu Perak, Kerian, Kuala Kangsar dan Larut Matang-Selama.
Di Wilayah Utara, 17% daripada seluruh isi rumah di Malaysia berada dalam tahap kemiskinan, manakala 29% isi rumah di Malaysia berada dalam tahap kemiskinan tegar (Sumber: Rancangan Malaysia ke-9)

website NCER

http://www.ncer.com.my/bm

Jangan rasa bersalah bela agama, bangsa


Jangan rasa bersalah bela agama, bangsa



BATU GAJAH 12 Ogos – Pemimpin UMNO tidak perlu rasa bersalah dalam membela agama Islam dan nasib orang Melayu yang menjadi asas perjuangan serta tunjang kekuatan parti, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo.
Beliau berkata, pemimpin UMNO perlu tegas dalam membela kedua-dua perkara itu kerana jika dibiarkan sebaliknya, orang Melayu akan terus ketinggalan dan ini akan melemahkan mereka.
‘‘UMNO memperjuangkan agama Islam dan membela orang Melayu tetapi secara tidak langsung kita membina masa depan negara.
‘‘Jika pemimpin UMNO tidak tegas membela orang Melayu, maka orang Melayu akan mencari parti yang lain,’’ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Batu Gajah di sini hari ini.
Tambah beliau, parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak boleh mempertikaikan asas perjuangan UMNO itu dan perlu sedar bahawa parti ini menjadi kuat kerana membela agama Islam serta nasib orang Melayu.
‘‘Jika parti-parti komponen mengatakan UMNO tidak boleh membela agama Islam atau membela orang Melayu, maka ini akan melemahkan UMNO. Bila UMNO lemah, BN pun lemah dan apabila BN lemah, semua parti komponen juga akan lemah.
‘‘Asas ini tidak bermaksud UMNO tidak membantu kaum lain tetapi konsep inilah cara kita berparti dalam BN. MCA bertanggungjawab membela orang Cina, kita tidak pernah pertikai. Sama juga apabila MIC membela orang India,’’ katanya yang juga Menteri Besar Selangor.
Tegas beliau, UMNO akan terus membela nasib orang Melayu.
Mohamad Khir juga berkata, UMNO memerlukan pemimpin tidak apologetik (rasa bersalah) bagi menjayakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) terutamanya dalam merapatkan jurang pendapatan orang Melayu yang masih ketinggalan berbanding kaum lain.
Katanya, kalau dilihat daripada pendapatan per keluarga, orang Melayu hanya mencatat RM2,800 sebulan iaitu di bawah pendapatan keluarga nasional sebanyak RM3,300 sebulan sedangkan kaum Cina meraih purata lebih RM4,000 sebulan dan kaum India (RM3,200).
‘‘Bagi setiap ringgit yang orang Melayu dapat, orang Cina dapat RM1.64 dan orang India RM1.30. Jurang pendapatan penduduk bandar dan luar bandar lagi lebar, hari ini saya difahamkan setiap ringgit orang luar bandar dapat, RM2.90 orang bandar dapat,’’ katanya.
Tegas beliau, ini menunjukkan negara masih memerlukan DEB bukan sahaja untuk meningkatkan ekuiti orang Melayu tetapi lebih penting lagi bagi merapatkan jurang pendapatan antara kaum dan daerah.

Jangan rasa bersalah bela agama, bangsa


Jangan rasa bersalah bela agama, bangsa



BATU GAJAH 12 Ogos – Pemimpin UMNO tidak perlu rasa bersalah dalam membela agama Islam dan nasib orang Melayu yang menjadi asas perjuangan serta tunjang kekuatan parti, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo.
Beliau berkata, pemimpin UMNO perlu tegas dalam membela kedua-dua perkara itu kerana jika dibiarkan sebaliknya, orang Melayu akan terus ketinggalan dan ini akan melemahkan mereka.
‘‘UMNO memperjuangkan agama Islam dan membela orang Melayu tetapi secara tidak langsung kita membina masa depan negara.
‘‘Jika pemimpin UMNO tidak tegas membela orang Melayu, maka orang Melayu akan mencari parti yang lain,’’ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Batu Gajah di sini hari ini.
Tambah beliau, parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak boleh mempertikaikan asas perjuangan UMNO itu dan perlu sedar bahawa parti ini menjadi kuat kerana membela agama Islam serta nasib orang Melayu.
‘‘Jika parti-parti komponen mengatakan UMNO tidak boleh membela agama Islam atau membela orang Melayu, maka ini akan melemahkan UMNO. Bila UMNO lemah, BN pun lemah dan apabila BN lemah, semua parti komponen juga akan lemah.
‘‘Asas ini tidak bermaksud UMNO tidak membantu kaum lain tetapi konsep inilah cara kita berparti dalam BN. MCA bertanggungjawab membela orang Cina, kita tidak pernah pertikai. Sama juga apabila MIC membela orang India,’’ katanya yang juga Menteri Besar Selangor.
Tegas beliau, UMNO akan terus membela nasib orang Melayu.
Mohamad Khir juga berkata, UMNO memerlukan pemimpin tidak apologetik (rasa bersalah) bagi menjayakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) terutamanya dalam merapatkan jurang pendapatan orang Melayu yang masih ketinggalan berbanding kaum lain.
Katanya, kalau dilihat daripada pendapatan per keluarga, orang Melayu hanya mencatat RM2,800 sebulan iaitu di bawah pendapatan keluarga nasional sebanyak RM3,300 sebulan sedangkan kaum Cina meraih purata lebih RM4,000 sebulan dan kaum India (RM3,200).
‘‘Bagi setiap ringgit yang orang Melayu dapat, orang Cina dapat RM1.64 dan orang India RM1.30. Jurang pendapatan penduduk bandar dan luar bandar lagi lebar, hari ini saya difahamkan setiap ringgit orang luar bandar dapat, RM2.90 orang bandar dapat,’’ katanya.
Tegas beliau, ini menunjukkan negara masih memerlukan DEB bukan sahaja untuk meningkatkan ekuiti orang Melayu tetapi lebih penting lagi bagi merapatkan jurang pendapatan antara kaum dan daerah.

Gerak gempur dilancar -- Jentera pilihan raya UMNO mula digerakkan secara berperingkat








KEPALA BATAS 12 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini melancarkan Gerak Gempur Pergerakan Pemuda UMNO dan Gerak Kerja Pilihan Raya Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kepala Batas di sini bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Di seluruh negara, jentera gerak gempur pilihan raya UMNO sudah mula dilancarkan secara berperingkat-peringkat oleh para pemimpin parti itu.
Dalam ucapannya pada majlis pelancaran gerak gempur itu, Abdullah yang juga Presiden UMNO mengingatkan anggota-anggota sayap UMNO itu supaya bersiap siaga pada tahap yang efisien bagi menghadapi pilihan raya.
Beliau berkata, ahli-ahli Pemuda dan Puteri perlu bekerja keras menarik lebih ramai ahli baru dan seterusnya memastikan mereka menjadi pengundi bagi menjamin kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
“Bagi ahli Puteri, inilah masa terbaik untuk mematangkan diri dalam politik sebelum mereka beranjak kepada Wanita UMNO satu hari nanti,” ujar beliau.
Perdana Menteri yakin program-program politik yang dijalankan oleh Pemuda dan Puteri mampu mengenal pasti dan menarik lebih ramai orang muda untuk bersama-sama UMNO dan BN.
“Walaupun Puteri UMNO boleh dikatakan baru tetapi mereka telah membuktikan bahawa pergerakan itu adalah tunjang kepada UMNO serta sebaris dengan Pemuda dan Putera,” kata Abdullah.
Pada majlis pelancaran Gerak Gempur Pemuda UMNO Kepala Batas yang diadakan di pekarangan Dewan Milenium di sini, Abdullah disambut kira-kira 2,000 anggota Pemuda.
Perdana Menteri yang juga Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas bersama-sama anggota gerak gempur itu yang diketuai Ketua Pemuda bahagian, Datuk Ahmad Darus menyanyikan lagu Negaraku sambil menaikkan Jalur Gemilang diikuti nyanyian lagu rasmi parti itu, Bersatu.
Sejurus kemudian beliau melancarkan pula Gerak Kerja Pilihan Raya Pergerakan Puteri UMNO bahagian itu yang diketuai oleh ketuanya, Azlina Mehtab Mohd. Ishaq.
Menurut Perdana Menteri, anggota kedua-dua sayap UMNO itu perlu berjuang bersungguh-sungguh untuk mengisi kemerdekaan negara.
Beliau yakin anggota Pemuda dan Puteri mampu memikul tanggungjawab tersebut dan sentiasa bersemangat menjayakan perjuangan parti dalam mengangkat martabat bangsa.
Spekulasi mengenai pilihan raya umum ke-12 semakin hangat sejak akhir-akhir ini selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan bahawa ia bersedia mengadakan pilihan raya selepas September ini manakala Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud pula meramalkan pilihan raya umum akan diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri pada Oktober ini.
Abdullah yang mengemudi kemenangan besar BN dalam pilihan raya umum ke-11 pada Mac 2004 mempunyai tempoh sehingga April 2009 sebelum mandat Parlimen berakhir.
Sementara itu, di ALOR GAJAH, Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, gerak gempur Pemuda UMNO dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang bukan sahaja meliputi perkara fizikal, tetapi turut melibatkan aspek mental dan ilmiah.
Katanya, Pemuda UMNO mahu melahirkan ahli-ahli yang dapat melibatkan diri dalam debat, berceramah serta menjadi ahli panel dalam sesuatu sesi perbincangan.
“Perang politik hari ini bukan lagi berbentuk tradisional atau kerahan jentera seperti memasang poster dan menggantung bendera sahaja.
“Sekarang ia lebih kepada perang idea dan pendapat, serta bagaimana kita menangani isu-isu yang diutarakan pihak lawan. Kita mahu hasilkan ahli Pemuda yang berkualiti, bukan setakat ramai dari segi bilangan sahaja,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penutup Kursus Gerak Gempur Pilihan Raya Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan di Alor Gajah hari ini.
Hadir sama ialah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Paduka Mohamad Norza Zakaria.
Khairy berkata, dengan lahirnya ahli-ahli Pemuda yang mampu berkomunikasi dan bijak mengutarakan pendirian parti, banyak isu yang dimainkan pembangkang akan dapat ditangkis dengan mudah.
“Isu keris seperti yang disebut-sebut (pembangkang) sekarang, umum mengetahui ia untuk memberi motivasi dan semangat kepada orang-orang Melayu, bukannya senjata untuk mengancam orang lain, tetapi perkara ini diputarbelitkan dan dijadikan isu perkauman oleh pembangkang.
“Oleh kerana tiada penjelasan dibuat, maka kita pada hari ini ada masalah untuk menanganinya. Jadi dengan adanya ahli Pemuda yang boleh menerangkan dengan baik, kita tak perlu lagi berdepan dengan semua itu,” jelasnya.
Beliau turut berharap agar rakan-rakan komponen Barisan Nasional (BN) akan sama-sama memainkan peranan dalam menjelaskan perkara itu.
Terdahulu dalam ucapannya, Khairy mengalu-alukan usaha ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mahu membubarkan cawangan masing-masing.
“Kepada mereka yang sudah sedar bahawa perjuangan PKR berbentuk peribadi semata-mata, saya alu-alukan anda untuk bubarkan cawangan. Anda dijemput untuk masuk UMNO semula.
“Tetapi kepada para pemimpin PKR, pintu UMNO tidak dibuka untuk anda,” tegasnya.
Sementara itu, Norza berkata, Pergerakan Pemuda Wilayah Persekutuan akan melancarkan gerak gempur siber bagi menangani penyebaran fitnah terhadap kerajaan yang kini berleluasa menerusi Internet.
Menurut beliau, perlu ada usaha untuk membetulkan semula kenyataan berunsur fitnah dalam blog-blog yang tidak bertanggungjawab itu.
“Ada pendapat yang menyatakan jika kita layan pemilik blog, ia bermakna kita memberi kredibiliti (kepada penulis blog) kerana ada pihak yang memberikan maklum balas.
“Namun pada masa yang sama terdapat juga pandangan yang menyatakan dengan tidak memberikan maklum balas, pemilik blog akan mengeluarkan lebih banyak kenyataan yang tidak betul,” katanya.
Mohamad Norza menegaskan, revolusi teknologi maklumat di negara ini sepatutnya adalah untuk mendidik masyarakat dan mengurangkan jurang maklumat antara penduduk, bukannya mendedahkan orang ramai dengan fitnah seperti yang terdapat dalam sesetengah blog.



Thursday, August 9, 2007


SENARAI KETUA PEMUDA UMNO NEGERI KEDAH


Ketua : Mohd Rawi Abd Hamid

Naib Ketua : Mohd Zulfekri Awang

LANGKAWI
DR. MOHD RAWI BIN HJ ABD HAMIDKETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN LANGKAWIBT. 15, JALAN AYER HANGAT07000 LANGKAWI, KEDAHEMEL:

JERLUN
SDR. MOHD ZULFEKRI BIN AWANGKETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN JERLUNNO. 98 C, JALAN LAMAPEKAN KEPALA BATAS06200 JITRA, KEDAHEMEL:

KUBANG PASU
SDR. HJ MOHD ROS @ ZULKIPLI B. AHMAD37 B, LORONG PANGLIMA HAJI MUSAKAMPUNG PULAU KECIL, MUKIM TUNJANG06000 JITRA, KEDAHEMEL:

PADANG TERAP
SDR. BADROL HISHAM BIN HASHIM129, TAMAN SERI NERANG06300 KUALA NERANG, KEDAHEMEL:

POKOK SENA
SDR. HARIS BIN CHE MATNO. 2, BATU 12 , JALAN NAKA06400 POKOK SENA , KEDAHEMEL:

ALOR STAR
SDR. ZUBIR BIN ZABIDINO. 2164, JALAN KOTA TANAH05050 ALOR STAR, KEDAHEMEL:
KUALA KEDAH
SDR. HARIS FADZILAH BIN HUSSAIN69, KUALA SUNGAI05150 ALOR STAR, KEDAH

GPMS Selar Pelajar Hina Lagu “Negaraku” Enggan Minta Maaf



Oleh Adnil Mohd
Kuala Lumpur -- Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) kesal dan kecewa dengan kenyataan Wee Meng Chee, pelajar Malaysia di Taiwan yang enggan meminta maaf di atas sikap dan perilaku beliau yang mengolah lagu Kebangsaan Negaraku yang menimbulkan rasa tidak puas hati seluruh rakyat Malaysia.
Pengerusi Biro Anti Dadah Dan Gejala Sosial GPMS, Mohd Faizal Mohd Salleh berkata sikap pelajar berkenaan yang masih berkeras dan tidak mengaku bersalah serta tidak mahu memohon maaf, memperlihatkan jati diri beliau yang tidak sensitif dengan kemarahan rakyat Malaysia terhadapnya ketika ini.
Tegas beliau sebagai seorang seorang anak Malaysia yang dilahirkan di bumi bertuah ini, pelajar berkenaan seharusnya tidak bersikap sedemikian.
“Kita ingin tahu apakah motif sebenar beliau di sebalik tindakannya itu.
“Sungguhpun tindakannya itu dianggap sebagai hiburan semata-mata, ia sama sekali tidak wajar kerana dalam suasana rakyat Malaysia yang berbilang kaum menyambut ulangtahun kemerdekaaan ke-50, dia sewenang-wenangnya mengubah lagu berkenaan semata-mata untuk kepuasan diri beliau”, katanya dalam satu kenyataan kepada laman webPemuda di sini, hari ini.
GPMS juga tambah beliau lagi kesal kerana pelajar tersebut turut menyentuh sensitiviti umat Islam dengan menyiarkan visual umat Islam sedang bersembahyang di dalam video klipnya yang dianggap sebagai hiburan.
“Kita bukan nak meniup api perkauman tetapi sebagai anak merdeka yang hidup dalam suasana masyarakat majmuk, yang terdiri daripada pelbagai fahaman agama dan kepelbagaian kaum, perkara itu tidak seharusnya dijadikan bahan hiburan untuk apa-apa tujuan sekalipun”, ujarnya.
Sehubungan itu kata beliau, GPMS mengalu-alukan langkah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan untuk membuat laporan polis ke atas pelajar terbabit yang dianggap sebagai penderhaka Negara atas tindakan biadapnya itu.
Tambah beliau sekiranya tindakan tegas ini tidak diambil, GPMS khuatir perkara ini akan menjadi satu budaya bagi pelajar-pelajar yang menuntut di luar Negara yang mengetahui bahawa kerajaan Malaysia tidak boleh mengambil apa-apa tindakan undang-undang terhadap mereka disebabkan mereka berada di luar Negara.
“GPMS berpendapat pihak kerajaan perlu meminda atau mengkaji semula peruntukan undang-undang agar apa-apa jua bentuk kesalahan yang boleh memudaratkan Negara atau menjatuhkan maruah Negara oleh warganegara Malaysia semasa berada di luar Negara boleh di ambil tindakan dan dibawa ke muka pengadilan”, katanya.


Monday, August 6, 2007

KHTP website


NCER : Ucapan Pak Lah


Wilayah Utara Malaysia adalah kawasan yang kaya dengan anugerah alam dan tinggi dengan potensi. Jika diberi peluang untuk berkembang dengan lebih giat, kemajuan wilayah ini akan dapat meningkatkan tahap daya saing negara dan memastikan hasilnya dirasai rakyat dengan lebih seimbang. Inilah rasional utama bagi penubuhan Wilayah Ekonomi Koridor Utara.Pembangunan Koridor Utara juga akan menumpukan perhatian ke atas isu-isu sosial seperti pembangunan desa, modernisasi pertanian dan kemiskinan. Isu-isu ini harus ditangani melalui pendekatan yang lebih berkesan dan mesra-pasaran. Ke arah ini, penggubalan Rangka Tindakan Koridor Utara telah diterajui oleh sektor swasta bagi memastikan bahawa program-program yang dibangunkan berlandas prinsip-prinsip yang mampan dan komersil.
Yang Amat BerhormatDato’ Seri Abdullah Bin Haji Ahmad BadawiPerdana Menteri Malaysia

Kulim Freelance Komuniti Projek

lihat link di www.hasrilhusni.com

UMNO Bukan Parti Perkauman – Khairy



Oleh S.A Najmuddin
Kapar -- Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin berkata UMNO merupakan sebuah parti yang mendukung dan mempertahankan prinsip perkongsian kuasa yang dijunjung di dalam Barisan Nasional (BN).
Justeru beliau menolak tanggapan sesetengah pihak khususnya parti pembangkang yang melemparkan pelbagai dakwaan kononnya UMNO terutama Pemuda merupakan sebuah institusi yang bersifat perkauman.
“Saya tidak pasti kenapakah UMNO dan Pemuda dianggap sedemikian rupa sedangkan selama ini kitalah yang bersungguh-sungguh mempertahankan formula perkongsian kuasa tersebut yang membolehkan BN terus memacu pentadbiran negara.
“Malah 'track record' UMNO tidak pernah sama sekali memandang rendah terhadap peranan parti-parti komponen sebaliknya memberi peranan yang cukup besar kepada mereka. Sebagai contoh pembahagian kerusi di kalangan komponen BN yang mana mereka diberi peluang untuk mewakili kaum-kaum lain sungguh pun kawasan berkenaan majoritinya adalah Melayu”, katanya.
Beliau berkata demikian kepada laman webPemuda selepas merasmikan mesyuarat Pemuda UMNO Kapar di sini, hari ini.
Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian, Datuk Abdul Rahman Palil, Ahli Parlimen Klang, P. Komala Dewi, Ketua Pemuda UMNO Selangor, Abd Shukor Idrus, Ketua Pemuda Kapar, Faizal Abdullah dan pimpinan UMNO yang lain.
Khairy yang juga Timbalan Pengerusi Pemuda BN seterusnya berkata banyak contoh lain termasuk pemimpin parti komponen BN bertanding di kawasan yang majoritinya orang Melayu.
“Walau pun ada tuntutan daripada ahli UMNO dan orang ramai di akar umbi yang mahukan kerusi berkenaan diberikan kepada calon Melayu, kita masih tetap dengan formula perkongsian kuasa di bawah payung BN.
“Jadi bagaimana kita dianggap bersifat perkauman. Saya rasa adalah tidak adil tanggapan sedemikian dilontarkan terhadap kita. Saya penuh yakin dan percaya formula perkongsian kuasa ini boleh dikekalkan untuk selama-lamanya kerana ini adalah formula yang terbaik”, ujarnya.
Terdahulu sebelum itu dalam ucapannya, beliau berkata kepimpinan politik negara telah berjaya memacu pembangunan dan kejayaan yang dikecapi oleh rakyat hari ini.
“Hari ini Malaysia sudah maju. Malah sempena 50 tahun Merdeka, negara telah mengorak langkah ke hadapan dengan pelbagai perancangan serta pelaksanaan yang telah dilakukan oleh kepimpinan negara.
“Sesungguhnya kejayaan kita hari ini bukanlah kerana sumber asli dan kepelbagaian sumber lain tetapi adalah kerana kepimpinan politik yang bijak semenjak kita merdeka pada tahun 1957”, katanya.
Dalam pada itu, Ketua Pemuda Kapar, Faizal Abdullah dalam ucapan alu-aluanya berkata pergerakan itu sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.
Jelasnya jentera di akar umbi hanya menunggu masa dan waktu sahaja untuk bergerak bagi memastikan BN terus bertapak di kawasan berkenaan termasuk merampas kembali kerusi Sg Pinang yang kini di tangan pembangkang.
“Kita sedia berdepan dengan mana-mana calon daripada pemimpin parti pembangkang termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya umum akan datang. Letaklah sesiapa sahaja, kita akan tentang habis-habisan”, katanya.

SMK Junjong reunion

Reunion SMK Junjong, Kulim
Email : smkjunjong@yahoo.com
Friendster : www.friendster.com/smkjunjong

dari Junjong lahirnya Kulim Freelance...

Kuasa Politik Melayu Di Ambang Kemusnahan

Jamal Rizal Hj. Razali
Dalam sebuah negara yang menggunapakai konsep demokrasi sebagai asas pemerintahan dan pentadbiran, kuasa memerintah dan mentadbir negara ditentukan melalui proses pilihanraya.
Sehingga hari ini, pilihanraya adalah satu mekanisme yang paling ampuh untuk menterjemah kuasa atau hak rakyat yang diwakilkan kepada individu atau kumpulan individu yang bergabung di bawah satu parti politik tertentu untuk mentadbir negara.
Malaysia sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat, ialah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen, diperintah dan ditadbir berdasarkan jumlah undi majoriti yang diberikan oleh rakyat kepada parti politik tertentu, yang membentuk sebuah kerajaan berdasarkan perlembagaan dan undang-undang.
Simpulan bahasa berikut mungkin dapat memberi gambaran akan proses tersebut, sebagai contoh, "daripada rakyat kepada rakyat", "the people’s power", suara rakyat atau pemerintahan rakyat.
Bagi mendapatkan undi yang dimiliki oleh rakyat, pihak pemerintah menerusi parti politik perlu pula memikat atau menarik minat rakyat supaya memberi undi yang seterusnya mewakilkan hak dan kuasanya di dalam pemerintahan negara.
Selain daripada menarik minat, parti-parti politik tersebut mestilah mengenengahkan pemimpin yang benar-benar sukarela berkhidmat kepada rakyat yang telah memberinya undi.
Sehubungan itu, jumlah pengundi adalah perkara pokok yang mesti diberi perhatian oleh parti politik yang bergantung kepada suara atau undian untuk mendapatkan hak kuasa memerintah daripada kerajaan.
Jika keadaan sebaliknya yang berlaku maka, berdasarkan sistem demokrasi berparlimen, sesebuah parti politik itu tidak akan dapat membentuk sebuah kerajaan untuk mentadbir dan memerintah.
Di dalam perkembangan akhir-akhir ini , orang Melayu dan UMNO khususnya perlu membuat pertimbangan dan mencari jalan supaya undi yang dimiliki oleh rakyat akan terus diberi kepada kerajaan yang mereka percaya dan yakin dapat memerintah dan mentadbir negara ini mencapai kecemerlangan, kegemilangan dan keterbilangan.
Setakat ini, setelah 50 tahun mencapai kemerdekaan, pengundi Melayu ini belum lagi mengecewakan di dalam pilihanraya, walaupun sedikit tercalar dalam pilihanraya 1999 diakibatkan isu Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Namun, adakah kuasa memerintah akan terus dipegang oleh UMNO atau lebih tepat lagi, orang-orang Melayu pada masa depan?
Mungkin tidak ada jawapan yang tepat, namun kita bisa meramalkan sesuatu berdasarkan gejala-gejala yang berlaku pada hari ini.
Selain undi dari kaum-kaum lain, UMNO sememangnya amat berharap undi dari pengundi Melayu. Namun perlu juga dilihat betapa tidak semua pengundi Melayu akan mengundi UMNO kerana mereka juga mempunyai pilihan lain selain UMNO iaitu Pas ataupun Parti Keadilan.
Selain keterbatasan pengundi Melayu, kita juga mula menghadapi kekurangan bekalan pengundi Melayu.
Jika kita lihat situasi pada hari, paling menonjol ialah statistik daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menyebut sejumlah besar warganegara yang layak mengundi masih belum mendaftar di SPR bagi membolehkan mereka memberi undi kepada parti politik untuk menjalankan kuasa memerintah dan mentadbir negara.
Statistik tersebut menyebutkan terdapat seramai 4.6 juta rakyat negara ini yang layak mengundi berdasarkan undang-undang, masih belum dan tidak mendaftar.
Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Rahman, daripada jumlah itu, di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang dikesan hampir sejuta rakyat belum mendaftar, manakala di Johor Bharu membabitkan 170,000 individu.
Setakat ini, hanya 300,000 rakyat Malaysia daripada 4.9 juta tampil mendaftar selepas pelancaran Gerakan Perdana Pendaftaran Pemilih peringkat pusat pada 16 April lalu.
Kebanyakannya di bandar besar, sebaliknya kawasan luar bandar menunjukkan kesedaran tinggi untuk mendaftar sebagai pemilih.
Keadaan ini akan menjadi semakin buruk pada setiap tahun apabila seramai 250,000 pemilih baru layak mengundi dan jika ditambah jumlah mereka yang enggan mendaftar, jumlahnya akan menjadi lebih besar.
Selain itu, statistik rakyat Malaysia yang secara sukarela melucutkan kewarganegaraannya seperti yang diulas oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini, juga sepatutnya mendatangkan kebimbangan kepada orang-orang Melayu.
Kita boleh membuat pelbagai tafsiran, kajian dan kesimpulan daripada angka-angka tersebut.
Satu perkara yang pasti ialah, sebagai orang Melayu, kita perlu membuat introspeksi atau muhasabah diri dengan lebih konstruktif lagi.
Apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengulas mengenai statistik rakyat Malaysia yang telah melucutkan atau memulangkan hak kewarganegaraan mereka kepada kerajaan Malaysia, beliau turut mengingatkan kepada individu tersebut bahawa mereka tidak akan dibenarkan untuk memohon semula kewargnegaraan Malaysia.
Di dalam nada yang tegas itu, kita dapat rasakan kekecewaan, kesedihan dan pada masa yang sama kebimbangan wujud di dalam diri beliau.
Seramai 106,000 orang telah direkodkan secara sukarela melucutkan kewarganegaraan mereka.
Seramai 79,199 terdiri daripada kaum Melayu, 25,107 kaum Cina, kaum India pula 1,347 dan 350 terdiri daripada kaum-kaum lain.
Sebanyak 70% daripada jumlah tersebut adalah orang-orang Melayu, dan dikatakan juga wanita mengatasi lelaki daripada jumlah individu yang menyerahkan atau melucutkan hak kewarganegaraan mereka.
Perumah baru pilihan mereka ialah Singapura, Amerika Syarikat, Australia dan Indonesia.
Selain itu, ramai pengundi Melayu yang tersadai di pusat-pusat Serenti yang tumbuh seperti cawan selepas hujan.
Jumlahnya boleh dikatakan mengatasi jumlah institusi pengajian tinggi yang ada di negara ini.
Bayangkan, jumlah keseluruhannya ialah 27 buah dan bagi negeri Pahang sahaja jumlahnya enam buah iaitu di Raub (2), Karak, Jerantut, Benta dan Gambang.
Jika kita membuat pengiraan mudah, iaitu di setiap pusat serenti dihuni oleh 100 penagih yang terdiri daripada pengundi Melayu, jumlah keseluruhannya sudah menjangkau 2,700 orang.
Jika jumlah ini diterjemahkan sebagai kuasa undi orang Melayu di dalam pilihanraya, ia mungkin menjadi suara atau undi majoriti bagi sesebuah kawasan DUN atau parlimen.
Begitu juga dengan anak-anak Melayu yang layak mengundi tetapi merempit di jalan-jalan raya berlumba haram. Kebanyakannya terlibat di dalam kemalangan dan mengalami kecacatan kekal.
Biasanya mereka ini tidak lagi mempedulikan soal hak dan tanggungjawab sebagai pengundi, apatah lagi keadaan fizikal sudah tidak mengizinkan untuk bergerak cergas seperti sediakala.
Selain itu, simptom-simptom tidak peduli akan negara sendiri mula menyebar di kalangan orang-orang Melayu dengan pantas sekali. Mereka tidak peduli lagi dengan peristiwa-peristiwa bersejarah di negara ini.
Mereka tidak lagi kenal tokoh atau pejuang tanahair. Mereka tidak dapat mentafsir pengajaran yang bisa diperoleh daripada peristiwa 13 Mei 1969, malah mereka tidak mampu menyebut rukun-rukun yang ada di dalam Rukun Negara.
Keadaan ini memperlihatkan bahawa, mereka tidak mempunyai kepekaan terhadap negara, dan mereka sering mempersoal tanggungjawab dan apa yang perlu negara berikan kepada mereka.
Sepatutnya, negaralah yang ini perlu bertanya kepada golongan ini mengenai sumbangan mereka kepada negara seperti yang disebutkan oleh JF Kennedy dalam frasa yang sangat terkenal ini, "Jangan ditanya apa yang negara akan berikan kepadamu, tapi apakah yang boleh kamu sumbangkan kepada negara".
Ataupun, sikap tidak mahu belajar dan menghayati aspirasi negara juga menjadi pencetus kepada ketidakpedulian ini.
Sebagai contoh, sikap tidak mahu memahami dan menghayati semangat DEB yang diperkenalkan oleh kabinet Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, yang berfokus kepada penyusunan sturktur masyarakat Malaysia melalui pembangunan ekonomi serta pendidikan secara menyeluruh tanpa mengira kaum.
Kebanyakan anak muda kita melihat DEB ini daripada sudut yang dangkal serta cetek dengan hujah lapuk yang mengatakan bahawa wujud diskriminasi kaum di dalam pelaksanaan DEB ini.
Begitu juga dengan kewujudan dan konsensus di dalam Kontrak Sosial yang dipersetujui oleh para pemimpin terdahulu sebagai asas kewujudan sebuah negara bangsa Malaysia atau Persekutuan Tanah Melayu semasa rundingan kemerdekaan.
Biarpun sebenarnya kita boleh katakan bahawa kontrak ini telahpun wujud sejak Melaka dibuka oleh Parameswara hampir 700 tahun dahulu lagi.
Buktinya sangat jelas apabila wujudnya pelbagai kaum yang bisa hidup aman damai di Kota Melaka, sehinggakan ada kumpulan atau kaum tertentu yang berasimilasi dan menetap di negara ini sehingga sekarang.
Namun, semua ini seolah-olah tidak mampu menjadi bukti nyata dan rasional kenapa di Malaysia kita harus hidup di dalam acuan kita sendiri.
Acuan kita berasaskan kontrak sosial yang dipersetujui atas konsep "menang-menang" atau seperti yang disebutkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa beliau menjadi Perdana Menteri iaitu, "yang menang tidak dapat semua, dan yang kalah tidak hilang semua".
Atau dengan kata lain, orang Melayu telah memberikan bahagian-bahagian tertentu kepada kaum lain yang ada di Malaysia ini agar mereka juga bisa hidup di negara ini.
Sebagai balasannya, kaum lain harus pula mengiktiraf dan menerima bahagian-bahagian tertentu yang hanya diberikan kepada orang-orang Melayu atas jasa baik mereka membenarkan kaum-kaum lain hidup bersama orang-orang Melayu di negara ini.
Ketidakpedulian ini mungkin juga berlaku akibat penekanan dan penguatkuasaan yang tidak tekal. Maksud di sini ialah, penekanan dan penerapan yang semakin longgar terhadap nilai-nilai kenegaraan.
Sebagai contoh, penglibatan proses pengajaran dan pembelajarn di isntitusi-institusi pendidikan.
Kita sering melihat, terdapat pihak-pihak yang sering mengabaikan atau sengaja menidakkan peranan kursus atau matapelajaran yang menyemai nilai-nilai kenegaraan ini daripada dimasukkan ke dalam struktur kurikulumnya.
Alasan klise yang sering diberi ialah, bidang ini sudah diajarkan sejak sekolah rendah atau, bidang seperti ini tidak kritikal, atau bidang ini hanya menambah beban pelajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT).
Sedangkan, inilah salah satu peluang terbaik yang wajar dimanfaatkan oleh anak-anak muda Melayu ini untuk mengasah dan mempertajam kefahaman dan penghayatan mereka akan sejarah bangsa dan negara mereka.
Kita tidak mahu, anak-anak Melayu generasi cerdas ini kehilangan identiti mereka walaupun sudah berjaya menjawat jawatan besar, tinggal di luar negara, atau menjadi konglomerat bertaraf taikun.
Kita mahu mereka ini kekal sebagai anak Melayu yang akan membalas semula jasa negara yang telah memberikan banyak kemudahan kepada mereka.
Daripada fakta yang dibincangkan tadi, ternyata gejala-gejala yang menjurus kepada pengurangan jumlah pengundi Melayu semakin ketara dan menonjol.
Ia juga merupakan indikator bahawa satu bala bencana yang maha dahsyat akan menimpa ketuanan Melayu di negara ini.
Mungkin pendapat ini agak keterlaluan, namun tidak ada salahnya untuk kita menjadikannya sebagai batu asas untuk mula merenung dan berfikir secara lebih teliti untuk menganalisis dan mencari jalan penyelesaiannya.
Kejadian-kejadian yang menakutkan seperti pelucutan kewarganegaraan secara sukarela, ketidakpedulian akan aspek-aspek kenegaraan dan tabiat buruk tidak mahu mendaftar sebagai pemilih di dalam pilihanraya merupakan batu tanda kepada pengurangan daya undi orang-orang Melayu di dalam pilihanraya.
Kekurangan undi bermakna kekurangan kerusi, yang memberi peringatan kepada kita bahawa kekurangan kerusi bermakna kekurangan kuasa untuk memerintah negara ini.
Jumlah pengundi yang semakin berkurangan akan menyebabkan parti politik milik dan yang memperjuangkan survival orang Melayu akan semakin lemah tidak berdaya.
Sudah cukup lama terjajah. Tak salah jika dikatakan bahawa, kuasa politik Melayu semakin terhakis. Justeru, sesuatu harus dilakukan.
Penulis Adalah Pengarah Pusat Perkhidmatan Akademik Universiti Malaysia Pahang