Friday, September 21, 2007

Tangani Diskriminasi Terancang Di Sektor Swasta


Tangani Diskriminasi Terancang Di Sektor Swasta


Saya dengan ini ingin membawa isu agar UMNO dapat membantu kaum bumiputra, khasnya masyarakat Melayu agar tidak didiskriminasikan di dalam sektor swasta.
Adalah dicadangkan beberapa perkara seperti berikut :-
1. Diwujudkan kembali Unit Bumiputra di Bank Negara Malaysia bagi memantau dan mengawal kuota para pekerja Melayu sama ada di peringkat bawahan, pertengahan dan juga atasan terutamanya di syarikat bukan Bumiputra.
2. Diwujudkan juga Unit Bumiputra di dalam Kementerian Sumber Manusia bagi mengawal segala bentuk diskriminasi yang dijalankan secara profesional oleh golongan bukan Bumiputra.
3. Meminta syarikat-syarikat swasta menghantar laporan sekurang-kurangnya secara tahunan terhadap perkembangan dan jumlah pekerja Bumiputra di dalam syarikat mereka.
4. Menetapkan suatu standard yang tertentu di dalam kriteria kenaikan pangkat atau kenaikan gaji dan bonus terutamanya di syarikat-syarikat besar di papan utama Bursa Malaysia.
Contohnya, setiap pekerja yang memegang jawatan pengurus, hendaklah sekurang-kurangnya memiliki kelayakan akademik yang diiktiraf oleh JPA seperti Diploma atau Ijazah di IPTA dan setaraf.
5. Menetapkan suatu standard yang selaras di dalam penilaian pekerja-pekerja kepada semua syarikat-syarikat seperti KPI bagi memastikan agar isu diskriminasi ini dapat dihapuskan atau dikurangkan.
Sesungguhnya isu ini telah lama menular di dalam sektor swasta di mana bukannya pelajar Melayu tidak bijak atau tidak mempunyai personaliti yang baik, tetapi terdapat syarikat yang menetapkan kriteria seperti bahasa Mandarin bagi menapis segala permohonan bagi sesuatu jawatan.
Perkara yang lebih mengecewakan orang Melayu masa kini ialah apabila orang Melayu memohon sesuatu jawatan, mereka perlu mempunyai Ijazah yang diiktiraf oleh JPA bagi memohon sesuatu pekerjaan tetapi apabila tiba bangsa lain yang memohon, hanya perlu Diploma atau Ijazah sebagai syarat tetapi bakal majikan tidak cerewet mengenai pengiktirafannya.
Di dalam kenaikan pangkat, orang-orang Melayu selalu ketinggalan di dalam mencapainya di mana, fenomena "pengalaman dan skills" telah digunakan oleh majikan di dalam sesuatu kenaikan pangkat bagi sesuatu bangsa.
Oleh itu, fenomena "pengurus berpengalaman" tanpa sebarang kelayakan akademik telah banyak menular di dalam sektor swasta.
Walau bagaimanapun, apabila tiba pada bangsa Melayu, mereka perlu mengambil kelayakan yang diiktiraf JPA secara separuh masa (yang mengambil masa 3 - 4 tahun) tetapi pada masa yang sama, bangsa-bangsa lain telah jauh meninggalkan mereka di dalam sesuatu perjawatan.
Percayalah! Fenomena ini berlaku secara berleluasa di dalam sektor swasta sekarang ini. Mereka dengan tidak segan silu mengangkat bangsa mereka ke peringkat tertinggi walaupun ramai di kalangan mereka tidak begitu fasih berbahasa Inggeris dan hanya mempunyai kelayakan SPM sebagai bekalan yang cukup "mantap"!.
Saya berharap agar cadangan ini diajukan pada sekadar segera yang boleh agar kita dapat membendung masalah pengangguran Bumiputra yang kononnya dikatakan malas oleh sesetengah pihak.
Percayalah bahawa hampir keseluruhan pegawai peringkat eksekutif melayu di sektor swasta ada kelayakan formal akademi yang diiktiraf JPA tetapi ramai di kalangan bukan melayu walaupun di peringkat pengurusan, sama ada tidak mempunyai langsung sebarang kelayakan akademik, atau sekiranya ada, hanyalah kelayakan yang tidak diiktiraf oleh kerajaan.
Anti Diskriminasi

No comments: