Friday, September 21, 2007

Melayu tiada pilihan -- Mesti maju 2020, gesaan PM sempena 60 tahun


Melayu tiada pilihan -- Mesti maju 2020, gesaan PM sempena 60 tahun


JOHOR BAHRU 11 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengajak seluruh orang Melayu berusaha gigih untuk mencapai kejayaan bagi memastikan mereka muncul sebagai kaum yang maju pada 2020. Menurut Presiden UMNO, orang Melayu tiada pilihan lain, kecuali menjadikan inisiatif itu satu kejayaan dan pada masa itu kelak, ia akan menjadi satu lagi hadiah yang amat bermakna kepada kaum Melayu. Katanya, jika sebelum ini Datuk Onn Jaafar menghadiahkan orang Melayu erti bekerja berpasukan, UMNO pula menghadiahkan nilai kemerdekaan kepada mereka. ``Kita ada tahun 2020 dan kita perlu menjadikan ia sebagai satu inisiatif yang perlu dicapai kerana kita mahu pada tahun 2020 ia menjadi satu lagi hadiah kepada bangsa kita. ``Jangan kita lepaskan peluang ini (Wawasan 2020) kerana kita mahu pada ketika itu negara Melayu bangsa maju, negara Malaysia negara maju,'' tegas beliau. Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 60,000 ahli-ahli UMNO sempena ulang tahun parti itu ke-60 di pekarangan Istana Besar Johor di sini hari ini. Turut sama pada majlis itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Timbalan Presiden UMNO, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain. Bekas Perdana Menteri yang juga bekas Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad serta isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali adalah antara yang turut menghadiri sambutan itu. Turut serta ialah bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Musa Hitam serta beberapa orang bekas menteri Kabinet. Signifikan sambutan ulang tahun kali ini ialah ia dirayakan di tapak yang sama di mana Onn Jaafar menubuhkan parti itu 60 tahun lalu. Perdana Menteri yang berada di sini sejak semalam untuk merayakan ulang tahun UMNO itu menegaskan, bagi tujuan tersebut, para pemimpin parti hari ini perlu menjadikan ia sebagai satu Misi Nasional. ``Kita mesti dukung ia dengan erat dengan kekuatan dan kesedaran yang penuh bahawa kita mahu menjadi bangsa yang maju pada tahun 2020. ``Mudah-mudahan para pemimpin kita ketika itu (tahun 2020) akan dapat bangun dengan penuh kesyukuran kepada Allah dan berasa megah untuk mengumumkan kepada bangsa kita dan seluruh negara bahawa bangsa kita (telah) maju dan negara kita (telah) maju,'' katanya sambil disahut dengan laungan `Hidup Melayu'. Bagaimanapun, katanya, adalah amat malang dan memalukan jika ketika itu para pemimpin terpaksa bangun dan memberikan pelbagai alasan yang panjang lebar selain meminta maaf kerana apa yang diharapkan tidak terlaksana. ``Tentunya amat mengecewakan jika ketika itu ada suara-suara dari dalam UMNO sendiri yang mendesak supaya jangan diumumkan kerana (kita) belum bersedia untuk diumumkan sebagai bangsa yang maju. ``Jika ini terjadi, ia adalah sesuatu yang amat menyedihkan. Oleh itu kita tiada pilihan kecuali memastikan kejayaan kerana ia adalah hanya pilihan yang ada,'' katanya sambil disambut tepukan bergemuruh. Abdullah berkata, beliau berharap tuhan akan memberkati sesuatu usaha yang dijalankan secara bersungguh-sungguh dan ikhlas dengan didorong oleh ilmu pengetahuan, muafakat dan kerjasama yang disokong oleh rakyat. Katanya, seluruh perjuangan adalah ibadah dan bebaskanlah ia daripada noda seperti perbuatan rasuah, penyelewengan atau apa-apa sahaja yang boleh mencacatkan amalan (ibadah) itu yang menyebabkan ia menjadi tidak baik dan tidak memberi manfaat. ``Kita perlu bekerja keras dan berdoa kerana doa tidak akan termakbul tanpa kerja yang bersungguh-sungguh dan ikhlas. ``Apabila kita telah bekerja bersungguh-sungguh dan kemudian kita berdoa, kita perlu yakin dan bertawakal. Insya-Allah kejayaan akan menjadi hak kita,'' katanya sambil menegaskan agar semua berjuang untuk masa depan bangsa yang cemerlang. Terdahulu dalam ucapannya, Presiden UMNO itu berkata, pengasas parti itu Allahyarham Onn Jaafar telah berjaya menyatupadukan orang Melayu dari pelbagai suku, manakala pemimpin kedua parti, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra pula berjaya membawa kemerdekaan kepada bangsa dan negara. ``Allahyarham Tunku berjaya memerdekakan bangsa dan negara, dan ia adalah suatu hadiah yang amat penting,'' katanya. Abdullah berkata, presiden parti seterusnya Allahyarham Tun Hussein Onn, Allahyarham Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Mahathir pula berjaya mengisi kemerdekaan yang dicapai itu dengan pelbagai usaha pembangunan bangsa serta negara. ``Selepas hadiah-hadiah ini, sekarang jadikanlah kejayaan kita untuk muncul sebagai bangsa dan negara yang maju pada tahun 2020 sebagai hadiah seterusnya,'' kata Abdullah sambil disambut dengan laungan-laungan `Hidup Melayu'. Menurutnya, dalam usahanya menjadikan orang Melayu sebagai bangsa yang maju pada 2020, UMNO menitikberatkan program-program pembangunan modal insan di kalangan bangsa menerusi pendidikan. Dalam ucapan beliau yang mengambil masa kira-kira 45 minit itu, Perdana Menteri berkata, menerusi perjuangan UMNO, orang Melayu berjaya mencapai pelbagai kejayaan berbanding ketika bangsa dan negara berada di zaman penjajahan. Beliau memberi contoh bagaimana hasil usaha penyelidik negara termasuk para saintis Melayu yang berjaya mempelbagaikan lagi hasil yang diperoleh daripada pokok kelapa sawit, sekali gus menambah kekayaan negara. Menurutnya, kejayaan menghasilkan biofuel itu akan membantu negara menghadapi keadaan lonjakan harga minyak petrol ketika ini.

7 comments:

Generasi Pejuang Bangsa said...

Gesaan PM untuk orang melayu sedar dan Tun juga pernah cakap perkara ini masa pemerintahannya . melayu perlu menguasai politik dan target 30 % ekonomi harus tercapai .. aku mahu bangsaku maju ...hidup melayu !

Unknown said...

Salam Bro

Yang kena sedaq bukan kita orang Melayu saja...tapi yang paling utama PM @ Pak Lah dan kuncu-kuncu dia.

UMNO dan BN tiada kemjuan dalam berfikiran dan membuat perangcangan,kerana itu BN tewas di Permatang Pauh.

KENAPA DISERET SI SAIPUL BERSAMA KE PERMATANG PAUH?

Nampak sangat yang BN ni mangkaq...

UMNO kena jujur dan ikhlas dalam perjuang dan tinkah laku....seumpamanya isu banjir di Selangor,persoalannya :-

1.Awat gatai pungkuq dok pi tolong mangsa banjir.Biaq lah PKR atau kerajaan negeri yang buat.Itu tanggungjawab mereka.Rakyat dah bagi depa mandat.Betoi juga kata Datuk Khalid,buang masa MB saja dok turun padang,wakil rakyat kan ada?Semua kerja MB nak buat,YB nak buat apa?
2.UMNO cuma dari kerajaan pusat,kalau semua kerja kerajaan pusat nak buat,kerajaan negeri nak buat apa?
3.Kalau nak bodek rakyat bukan lagu tu.Tu taktik lama,rakyat dah MELUAT,depa suka balun peruntukkan saja,UNDI tetap PKR.UMNO nga nga.
4.TUN pun pernah berkata MELAYU MUDAH LUPA,hang toksah dok buat baik dengan depa,tang depa dok meluat kat UMNO,tak pernah hilang.
5.Buat tak tau saja,biar depa derita pula,awat dok gatai pilih PKR.

PEMIMPIN UMNO
1.Rakyat la ni dah bijak bukan BODO PIANG macam menteri UMNO.cara berfikir mereka dah maju.Simpan sajalah kalau nak guna taktik bodo UMNO,kalau takat nak bagi JERSI BOLA kat orang muda,depa pun dah MUAK.
2.AWAT menteri UMNO BODO dan bengap sangat.Pikiaq la cara yang lebih moden sikit.
3.Mi Daim pun satu....kat Kulim ni apa masalah tak kan dia tak tau.
4.Aziz semua orang dok tau dah,Cina Kulim anti dia.
5.Cikgu DET dan Cikgu Halim dah tak
releven menjadi pemimpin UMNO.

HARAPAN:
Agar PEMIMPIN UMNO UBAH cara berfikir.Taktik yang hampa guna semasa pilihanraya dah TAK BOLEH PAKAI.TOKSAH dok buat LAWAK BODO

Deen said...

UMNO-BN masih tak serik mempergunakan RTM, Media Prima dan Akhbar utk kempen p/raya di KT. Rakyat dah bosan dgn penipuan berita yg tak benar serta berat sebelah. Rakyat bukan bodoh seperti zaman mak bapak mereka. Orang tua-tua di kampung bolehlah ditipu hidup2. Sedarlah!....

UMNO Cawangan Gombak Selatan said...

Salam Perjuangan Sahabat,

Kami dari UMNO Cawangan Gombak Selatan berasa bangga di atas perjuangan UMNO Bahagian Kulim dalam memberikan info2 dan isu2 politik tanahair dari UMNO khasnya melalui blog.

Kami juga berharap agar kita dapat bekerjasama dan berkongsi pendapat dengan lebih baik selepas ini mengenai pengendalian blog.

Ketua UMNO Cawangan Gombak Selatan, En Abd. Razak Muhamad mengucapkan Salam Perjuangan khas buat Ketua UMNO Bahagian Kulim dan AJK Bahagian.

Sila layari laman blog kami www.umnogombakselatan.blogspot.com dan komen2 dan pendapat dari anda amat dialu2kan.

Sekian,

HIDUP UMNO. HIDUP BN...

Ikhlas dari,
Shamsury Mohd Salleh
Ketua Penerangan UMNO merangkap blogger
UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN
BAHAGIAN WANGSA MAJU

ps : Blog anda dalam senarai link blog kami.

sejati said...

Sudah lah anwar dot com.

Kami semua dah kenal siapa anwar ni sebenarnya. Tak payah la buang masa kami nak kenal dia lagi. Si penjual bangsa ni mmg mcm2 topeng dia sarong. Tak gitu kwn2? Ok saya link UMNO kulim ya. Keep up..good job..kita bantai PR cukup. Penipu besar.

Anonymous said...

salam.

UMNO kulim Bandar Baharu termasuk UMNO Padang serai...adalah dua bahagian UMNO yang cukup parah.

Apa yang disuara kan oleh Bro Halim itu benar bukan fitnah lebih-lebih lagi insan-insan yang disebutnya bukan lagi asing ditempatnya termasuk cikgu halim yang lebih tergila-gila untuk menjadi wakil rakyat kini sudah tersungkur...

Sebenarnya apa yang diluahkan oleh Bro Halim itu adalah benar walaupun pedih.

Hari ini rakyat boleh menilai sendiri pemimpin tanpa perlu pemimpin melambungkan dirinya untuk menunjuk jaguh.

Sedarlahlah Kulim Bandar Bahru termasuk UMNO padang serai perlu perubahan seandainya tidak ada sebarang perubahan Insyaallah PRU13 UMNO wajib tumbang dan tersungkur lagi.Jika kepimpinan di peringkat cawangan dan bahagian adalah diatara mereka yang lebih memburu projek dan pangkat.

Contohnya UMNO pdg serai Ketua cawangan dan timbalan tidak sebulu...perbaiki dalaman UMNO terlebih dahulu sebelum memikirkan PRU13.

Unknown said...

Disyorkan pihak UMNO menjemput En Saiful 013-365 5715 yang sedang menjelajah secara sukarela ke seluruh negara untuk menjelaskan kedududukan BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH. Beliau tidak mengharapkan sebarang bayaran dan apa yang dilakukan ialah bersifat fisabilillah